Kalau sebelum ini setiap kali Jude Bellingham beraksi, ramai yang akan mencari kelibat ibunya, Denise, kali ini lain pula ceritanya. Sepanjang kempen Piala Dunia 2026, perhatian peminat mula tertumpu kepada teman wanitanya, Ashlyn Castro yang dilihat tidak pernah gagal hadir memberikan sokongan dari tempat duduk penonton.
Ashlyn, 28, merupakan model pakaian renang dan pempengaruh dari Amerika Syarikat yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan bintang Real Madrid itu sejak penghujung 2024. Menariknya, pasangan ini bukan jenis yang suka ‘show off’ kisah cinta di media sosial. Walaupun sesekali berkongsi momen bersama, mereka lebih selesa menjaga privasi.
Sweet, Tapi Masih Low Profile
Apa yang membuatkan ramai tertarik ialah cara mereka saling menghargai. Bellingham pernah memanggil Ashlyn sebagai “my love”, manakala Ashlyn pula menyifatkan pemain England itu sebagai lelaki paling penyayang, baik hati dan rajin pernah dikenalinya.
Meskipun mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram dan TikTok, Ashlyn lebih gemar berkongsi kandungan berkaitan fesyen, kecantikan serta pengembaraan berbanding kisah percintaannya. Namun, beberapa hantaran seperti gambar di Miami dan video sambutan ulang tahun Bellingham yang memaparkan mereka berkaraoke, menari serta bergurau manja sudah cukup membuatkan peminat tersenyum.
Bukan itu saja, Ashlyn juga dilihat semakin rapat dengan keluarga Bellingham apabila beberapa kali duduk bersama ibu bapanya di stadium dan hadir menyaksikan aksi Real Madrid serta England.
Bagi MURAI, mungkin inilah antara sebab hubungan mereka mendapat perhatian. Tak perlu terlalu menunjuk-nunjuk, tetapi tetap saling menyokong dalam diam. Dalam dunia selebriti dan bola sepak yang penuh tumpuan, hubungan seperti ini memang nampak lebih “green flag” dan buat ramai peminat senang melihatnya. Siapa sangka, di sebalik aksi hebat Bellingham di atas padang, ada insan istimewa yang sentiasa menjadi penyokong nombor satunya.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

2 months ago
109







![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

