Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

13 hours ago 6

Sumpah ingatkan kembar, tapi rupanya bukan! Memang tak sangka pelakon lelaki kacak ini memiliki wajah yang hampir sama dengan pemain bola sepak. Nak tahu siapakah mereka, jom tengok di bawah!

Ryan Gosling & Harry Kane 

Ryan Gosling pernah menjadi watak utama dalam filem LA LA LAND, manakala ‘kembarnya’ Harry Kane merupakan penyerang dan kapten pasukan kebangsaan England dan kelab Tottenham Hotspurs.

Foto – @ryangoslinger (IG) / @harrykane (IG)

Akshay Kumar & Gianluigi Buffon 

Namanya setanding dengan Shah Rukh Khan, Akhsay Kumar merupakan salah satu pelakon senior di India yang sering tampil dalam filem-filem Bollywood yang terkenal.

Foto – @akshaykumar (IG) / @gianluigibuffon (IG)

Kalau kamu nak tahu, pemain bola sepak Gianluigi Buffon memiliki wajah yang sama seperti pelakon Akhsay Kumar. Dia merupakan penjaga gol utama Juventus dan pasukan kebangsaan Itali.

Andrew Garfield & Thomas Mueller 

Andrew Garfield atau lebih dikenali sebagai Peter Parker menerusi filem THE AMAZING SPIDER-MAN ini memang kacak dan sangat berbakat.

Foto – @andrew_garfield83 (IG) / @ESMUELLERT (IG)

Bagi ‘kembar’ Andrew pula, Thomas Mueller juga seorang pemain bola sepak yang berbakat dan menjadi salah satu pemain penting bagi pasukan Bayern Munich.

Robert Downey Jr & Xavi Hernandez 

Memegang watak sebagai Tony Stark, Robert merupakan salah satu pelakon terbaik dalam industri hiburan.

Foto – @robertdowneyjr (IG) / @xavi (IG)

Manakala ‘kembar’ Robert iaitu Xavi Hernandez juga terkenal dalam dunia bola sepak. Xavi ini merupakan lagenda lagenda FC Barcelona.

Michael B. Jordan & Presnel Kimpembe 

Filem CREED dan BLACK PANTHER telah menjadikan nama Michael B. Jordan menjadi sebutan orang ramai dalam industri hiburan.

Foto – @michaelbjordan (IG) / @Kimpembe3 (IG)

Sementara itu, Presnel Kimpembe tidak juga kurang hebatnya. Dia merupakan pemain Perancis yang kini menjadi pemain pertahanan utama untuk Paris Saint-German.

Memang sama! Jika mereka jalan beriringan pasti ada yang menyangka mereka ini kembar, betul tak?

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |