Untuk pengetahuan semua, pengarah filem ‘Dabaang’ iaitu Abhinav Kashyap sering mengkritik pelakon Salman Khan jika ada peluang. Untuk kali, Abhinav mula beralih arah dan mengkritik pula King of Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK).
Dalam temu bualnya baru-baru ini, Abhinav mendakwa dia mengetahui banyak rahsia mengenai Shah Rukh tetapi… Dia tidak mahu mendedahkan apa rahsia tersebut.
Foto – Bollywood HungamaKing of Bollywood itu dikritik oleh pengarah filem ‘Dabangg’, apabila Abhinav mendakwa Shah Rukh hanya “mengambil” dan langsung tidak menyumbang apa-apa kepada masyarakat.
“Komuniti selebriti ini hanya tahu untuk mengambil dan bukannya untuk memberi. Mereka hanya mengambil, mengambil dan mengambil banyak lagi.
Rumah Shah Rukh Khan di Dubai dipanggil “Jannat”, manakala di sini (Mumbai) bernama “Mannat”. Apa maksudnya? Semua mannatein (doa) dimakbulkan di sini. Dia terus membuat doa lebih banyak.
Saya dengar dia sedang membina dua tingkat lagi di banglonya. Jannat (turut merujuk kepada syurga) ada di sana, pergi tinggal di sana. Apa yang kamu lakukan di India?”
Abhinav turut mengakui bahawa dia mengetahui banyak rahsia mengenai kehidupan peribadi Shah Rukh, tetapi dia memilih untuk tidak mendedahkan apakah rahsia tersebut.
“Saya tidak memberitahu beberapa perkara kerana saya menghormati keluarga Shah Rukh Khan. Saya tahu banyak tentang kehidupan peribadinya tetapi saya tidak akan memberitahu kerana saya tidak mahu menjadi punca perpecahan keluarganya.
Dia seorang family man, jadi saya akan mendiamkan diri. Saya berharap dia membaiki keadaan dan menjadi Shah Rukh Khan yang sama seperti ketika dia pertama kali datang ke Mumbai untuk menjadi hero.”
Sekadar info, Abhinav Kashyap memberitahu bahawa Shah Rukh Khan banyak mencuba untuk membawa perdamaian antaranya dan Salman Khan tetapi dia meminta pelakon itu untuk tidak masuk campur perkara tersebut.

3 hours ago
3




![[VIDEO] Telatah Afwa Menyanyi Lagu Baru Siti Nurhaliza Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Alhamdulillah-syukur-…selesai-sudah-majlis-pertunangan-Ammar-Auni-💍Dari-dua-hati-yang-berjanj-e1761541005337.jpg)

![[VIDEO] Michael Ang Kongsi Momen Majlis Resepsi Fattah & Amira, Lain Pula Reaksi Netizen Ini?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/eff23ee7-12c4-44c4-893a-f41cc429658a.jpg)
![[VIDEO] Erma Fatima Luah Rasa Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/835a2cab-62f1-4c7d-ab88-bce75f54e261.jpg)
![[VIDEO] Momen Lucu Paranormal Cik B Bersama Cik Lan, Buatkan Netizen Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2004.jpeg)
![[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Siti Nurhaliza Menyanyi Guna Mikrofon Murah-“Suara Tetap Power”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2003.jpeg)





















![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)


![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)

![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)




![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
