Pelakon Adi Putra mengejutkan ramai apabila mendedahkan pengalaman ditawarkan rasuah bernilai puluhan juta ringgit sepanjang kerjayanya dalam industri hiburan.
Menurut Adi, atau nama penuhnya Mohamed Hadi Putera Halim, tawaran tersebut tidak melibatkan bidang lakonan, sebaliknya urusan lain yang tidak boleh diperincikannya.
Kongsinya lagi, tawaran yang diberikan melibatkan jumlah yang sangat besar, sehingga mencecah antara RM10 juta hingga RM20 juta. Walau bagaimanapun, Adi menegaskan dia menolak kerana tidak mahu terlibat dengan perkara yang bertentangan dengan prinsip hidupnya.
“Jumlah yang ditawarkan antaranya RM10 juta, RM20 juta, malah RM30 juta pun ada. Sama seperti dalam filem ‘Konspirasi’ ini bagaimana wang dihantar dari luar negara dalam jumlah besar. Ada ke oranng melobi zaman sekarang dengan RM100? Saya percaya perkara itu sudah jadi lumrah.”
Foto – @adpadiputra786 (FB)Mengakui cubaan rasuah tidak berlaku hanya sekali, Adi mendedahkan pihak tertentu sering menggunakan pendekatan ini untuk kepentingan masing-masing. Namun pelakon itu sentiasa menilai tujuan sebenar di sebalik pemberian sebelum membuat keputusan.
“Ramai yang cuba merasuah saya, tapi saya tengok juga perspektif mereka. Adakah rasuah itu untuk menghalalkan cara atau sekadar hadiah? Kalau hadiah itu berbeza, tetapi kalau rasuah untuk menghalalkan cara, saya memang tidak akan terima.”
Dalam perkembangan lain, Datuk Adi Putra kini membintangi filem aksi thriller ‘Konspirasi’ arahan Ghaz Abu Bakar, yang mengangkat kisah membanteras sindiket rasuah membabitkan ahli politik.

3 hours ago
2

![[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-8-1.webp)





































![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)

![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)







