Bila sebut tentang Pestapora, ramai peminat muzik pasti sudah boleh bayangkan suasana meriah, lautan manusia menyanyi bersama dan momen yang bakal jadi kenangan.
Kini, debaran semakin terasa apabila Latihan Pestapora Malaysia 2026 melengkapkan barisan artis yang bakal tampil pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Menghimpunkan artis Malaysia dan Indonesia, festival ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi sebuah perayaan muzik yang meraikan kepelbagaian genre serta hubungan serumpun antara dua negara.
Tipe-X: Aura Ska Yang Bakal Buat Peminat ‘Tak Duduk Diam’
Pestapora Malaysia 2026: Tipe-X, Last Child Hingga Ruffedge Bakal Gegarkan Bukit JalilAntara nama paling dinanti ialah Tipe-X, kumpulan ska legenda Indonesia yang sudah bertapak lebih dua dekad dalam industri muzik.
Dengan rentak muzik yang rancak dan penuh tenaga, persembahan Tipe-X dijangka menjadi antara momen paling ‘hype’ sepanjang festival berlangsung.
Last Child: Penampilan Pertama Di Malaysia
Tidak kurang mencuri perhatian ialah Last Child, kumpulan pop rock Indonesia yang terkenal dengan lagu-lagu penuh emosi seperti Pedih dan Diary Depresiku.
Lebih istimewa, Pestapora Malaysia 2026 bakal menjadi pentas pertama mereka di Malaysia. Pastinya ramai peminat tempatan tidak sabar untuk menyanyi bersama lagu yang pernah menjadi ‘soundtrack’ kehidupan mereka.
Ruffedge: Nostalgia R&B Tempatan Kembali
Bagi peminat muzik Malaysia, nama Ruffedge sememangnya membawa nostalgia tersendiri.
Kumpulan yang sinonim dengan era kegemilangan R&B tempatan ini bakal menghidupkan kembali memori menerusi lagu-lagu popular yang pernah menghiasi industri muzik tanah air.
Lah Ahmad: Vokal Jiwa Yang Masih Kekal Diingati
Turut melengkapkan barisan artis tempatan ialah Lah Ahmad, penyanyi yang dikenali dengan vokal unik dan gaya persembahan penuh jiwa.
Kehadiran beliau pastinya memberi warna berbeza kepada festival yang menggabungkan pelbagai generasi peminat muzik.
DJ Disko Santan & Friends: Lengkapkan Suasana Festival
Bukan sekadar persembahan artis, suasana pesta juga bakal diperkemaskan dengan kemunculan DJ Disko Santan & Friends yang akan menghidupkan pentas menerusi pilihan muzik yang lebih santai dan bertenaga.
Pada pandangan MURAI, kekuatan Pestapora Malaysia 2026 bukan hanya pada nama besar artis, tetapi bagaimana festival ini berjaya menyatukan peminat Malaysia dan Indonesia melalui muzik. Dengan 15 artis, 12 jam persembahan serta pelbagai aktiviti festival, Pestapora Malaysia 2026 nampaknya bakal menjadi salah satu acara muzik yang wajib masuk dalam ‘wishlist’ peminat tahun ini.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

9 hours ago
6












![[VIDEO] Wanita Tangkap Ular, Bomba Hanya ‘Standby’? Netizen Keliru Siapa Panggil Siapa](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/4-4.webp)





![[VIDEO] Azan Disangka Ancaman, Kapal Terbang Buat Pendaratan Cemas](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/3-4.webp)


































