Nama Anggerik, anak kepada penyanyi Adira Suhaimi, kini semakin menjadi perhatian ramai selepas tampil dengan persembahan luar jangkaan dalam program Talk To My Manager semalam.
Walaupun masih kecil, Anggerik berjaya mencuri perhatian penonton menerusi aksi yang cukup lincah, penuh tenaga dan yakin di atas pentas. Ramai mengakui persembahannya kali ini menunjukkan peningkatan ketara terutama dari segi tarian, kawalan pentas dan mimik muka yang sangat menjadi.
Malah, ramai menyifatkan bakat Anggerik setanding dengan peserta lain yang jauh lebih berusia daripadanya. Aura bintang yang dimiliki juga membuatkan ramai tidak jangka dia mampu memberikan persembahan sebaik itu pada usia muda.
Dalam konsert tersebut, Anggerik tampil berduet bersama MimiFly menerusi lagu Temberang. Persembahan mereka ternyata menjadi apabila berjaya menerima standing ovation daripada barisan juri.
Antara yang paling kagum sudah tentunya juri jemputan minggu ini, Tiara Jacquelina. Selepas konsert tamat, Tiara turut meninggalkan komen panjang di sebuah video persembahan Anggerik yang kini tular di media sosial.
“Seriously lah. Jarang2 sekali bakat macam @anggrek_adenan lahir tau. @adira.suhaimi i hope you dapat bimbing dia – slowly, jangan rush since dia masih kanak2 lagi (biarkan dia merasa childhood lagi!) dan ajar tentang pentingnya disiplin, sikap rendah diri dan etika kerja yang bagus. She will go far insyaallah – like I said, A Star Is Born❤️,” tulisnya.
Komen itu turut mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju Anggerik memiliki bakat semula jadi yang sukar ditemui.
“yes true indeed, smlm 1st time sy tengok TTMM,, mmg anggerik ni gifted talent sngt..,” tulis seorang pengguna media sosial.
Ramai juga memuji cara Adira Suhaimi membesarkan dan membimbing anaknya sehingga mampu tampil begitu yakin di atas pentas tanpa kelihatan terlalu dipaksa.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

10 hours ago
7


















![[VIDEO] Gelagat Kacak Cari Hadiah Untuk Hari Lahir Cik B, Netizen ‘Seram’ Dengar Harga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/7f2aa4c4-1c5b-4d27-8510-78fe08f0cae6.webp)

![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)


















![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)


![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)


![[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/7-5.webp)




