Pengakuan Berani Brook Lynn Pernah Dilamar Sultan Dari Malaysia,-” Saya Ditinggalkan Terkapai-kapai”

2 hours ago 3

Kalau waktu kecil dulu ramai gadis impikan nak jadi princess bila besar nanti, kisah Brook Lynn ini mungkin buat ramai terfikir dua kali.

Brittany Porter, atau kini dikenali sebagai Brook Lynn, pernah berada di ambang hidup seperti kisah dongeng apabila dia hampir berkahwin dengan bekas Yang di-Pertuan Agong. Tapi kisah cinta yang sepatutnya berakhir bahagia, akhirnya bertukar jadi mimpi ngeri.

Dari ‘Puteri Sehari’ Jadi Mangsa Ghosting

Menurut temu bual eksklusif bersama Daily Mail, Brook mendedahkan kisah bagaimana cinta mereka bermula selepas pertemuan secara tak sengaja di sebuah majlis tahun lalu. Katanya, kerabat diraja itu “menyapanya bak dalam filem Disney” dan hubungan mereka berkembang dengan cepat hingga sampai ke tahap lamaran dengan cincin berlian biru.

“Dia buat saya rasa seperti puteri sebenar,” cerita Brook.

Namun segalanya berubah selepas dia mula menetap di Malaysia dan bersedia untuk menyesuaikan diri sebagai seorang bakal kerabat diraja. Brook mengaku dia diberi tekanan untuk melahirkan pewaris lelaki secepat mungkin, tapi selepas keguguran yang menyedihkan, hubungan mereka mula renggang.

Ditinggalkan Tanpa Pesanan

Brook mendakwa semuanya berakhir bila bekas raja itu tiba-tiba ‘hilang’ tanpa jejak, meninggalkannya terkapai-kapai di negara asing.

“Dia blok semua akaun saya. Yang tinggal cuma mesej kepada kawan saya, kata hubungan ini tak akan berjaya,” ujarnya.

Brook akhirnya pulang ke Amerika Syarikat tanpa sebarang barangan peribadi, selepas gagal menghubungi bekas tunangnya.

Dari Istana ke Pentas

Kini, Brook memilih untuk bangkit semula sebagai penyanyi pop dan menganggap segala yang berlaku sebagai perjalanan memberi pengajaran pada dirinya.

“Semua lagu saya sekarang… tentang dia,” katanya sambil ketawa kecil. “Saya rasa ini masa saya masuk villain era. Tapi dalam erti yang positif saya bebas dan bahagia.”

Brook baru sahaja menyiapkan video muzik pertama berjudul Oh My Gosh dan sedang merancang untuk melancarkan EP sulungnya tidak lama lagi.

“Jangan Cepat Percaya Fairytale”

Walaupun sudah melangkah ke depan, Brook sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang mungkin terpesona dengan kisah cinta  yang serupa.

Untuk rekod, kerabat diraja ini pernah berkahwin dengan bekas ratu cantik Rusia namun perkahwinan mereka turut berakhir dengan penceraian hanya beberapa minggu selepas kelahiran anak mereka.

Kini, Brook Lynn tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Dari seorang gadis yang hampir jadi ‘puteri’, dia kini memilih untuk jadi bintang pop yang menulis kisahnya sendiri.

Tiada Pengesahan Dari Pihak Istana

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak Istana atau wakil dari kerabat diaraja mengenai dakwaan yang dibuat oleh Brook Lynn dalam temu bual tersebut.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |