Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal, Netizen-“Jangan Terlalu Taksub. Travel. Do it a lot”

12 hours ago 7

‘Jangan letak seseorang terlalu tinggi, nanti kecewa sendiri.’

Itulah antara reaksi yang sedang hangat diperkatakan di media sosial selepas beberapa foto dan video membabitkan bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, bersama kekasihnya kembali menjadi perhatian.

Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal

Bagi sesetengah netizen di Malaysia, kemesraan yang dipamerkan pasangan itu dianggap agak keterlaluan memandangkan mereka belum berkahwin. Perbezaan budaya dan cara hidup itu akhirnya mencetuskan pelbagai perdebatan dalam kalangan peminat.

Netizen Kongsi Perspektif Berbeza Berkaitan Lamine Yamal

MURAI perasan, bukan semua yang memberi komen berniat mengecam Yamal. Sebaliknya, ramai cuba mengingatkan agar peminat tidak terlalu mengagungkan seseorang hanya kerana dia seorang atlet Muslim.

Seorang netizen turut berkongsi pandangannya yang mendapat perhatian ramai.

“Ramai disappointed tengok lifestyle Lamine Yamal. Ozil ada tattoo. The truth is, Islam kat luar tak sama macam Islam kat Malaysia. Try lah visit Istanbul tengok terkejut ke tidak. Sana sini minum wine. Kita bertudung pun dia selamba ajak minum.”

Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal

Peminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine YamalPeminat Kecewa Dengan Gaya Hidup Lamine Yamal

Malah, dia turut berkongsi pengalaman ketika mengembara termasuk melihat sendiri situasi di Mekah yang menurutnya membuka mata tentang realiti kehidupan umat Islam di pelbagai negara.

“Travel. Do it a lot. Only then you understand the real blessing of being born as a Muslim in Malaysia.”

Jangan Terlalu Taksub Untuk Lamine Yamal

Dalam perkongsian sama, netizen itu menegaskan dia tidak berniat menghakimi mana-mana individu, sebaliknya sekadar berkongsi pengalaman sebagai pengembara.

Katanya, masyarakat tidak seharusnya meletakkan figura terkenal sebagai penanda aras kesempurnaan agama kerana setiap individu mempunyai latar belakang, budaya dan cara hidup yang berbeza.

MURAI pula melihat isu ini lebih kepada pertembungan budaya dan jangkaan peminat. Memang tidak dinafikan masyarakat di Malaysia lebih sensitif terhadap perkara berkaitan batas pergaulan lelaki dan wanita.

Bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Mengembara membuka mata tentang kepelbagaian cara hidup masyarakat Islam di seluruh dunia. Akhirnya, setiap orang bertanggungjawab terhadap pilihan dan amalannya sendiri, manakala peminat pula mungkin boleh mengambil inspirasi daripada kejayaan di atas padang tanpa perlu mengangkat mana-mana selebriti sebagai contoh yang sempurna dalam setiap aspek kehidupan.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

5

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |