Kontroversi yang tercetus dalam aksi beregu campuran negara di Indonesia Open terus mengundang kemarahan peminat apabila Goh Soon Huat dilayangkan kad merah pada saat genting perlawanan.
Insiden itu berlaku ketika kedudukan terikat 20-20 dalam set penentuan, sekali gus menghadiahkan mata penting kepada pasangan Perancis. Menurut Stadium Astro, Keputusan tersebut menyebabkan ramai peminat mengecam tindakan umpire dan mempersoalkan kewajaran hukuman yang dikenakan.
Pasangannya, Shevon Lai Jemie, turut meluahkan rasa kecewa kerana insiden itu dipercayai menjejaskan peluang mereka untuk mencipta kemenangan dalam kejohanan bertaraf Super 1000 tersebut.
“Bagi kad kuning pertama, Soon Huat sedang mencari serbuk grip kerana pemegang raketnya licin. Pengadil memanggilnya kembali ke gelanggang, namun sesiapa yang pernah beraksi atau melatih di Istora tahu betapa bisingnya sorakan penyokong di sana.
“Dia memang tidak mendengar panggilan pengadil dan sebaik sahaja kembali ke gelanggang, dia terus diberikan kad kuning,” katanya.
Mengulas mengenai kad merah pula, Shevon menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sebelum keputusan kontroversi itu dibuat.
“Ketika pihak lawan mengambil masa untuk bersedia bagi servis seterusnya seperti yang mereka lakukan sepanjang perlawanan, Soon Huat berpaling seketika kepada saya dan meminta saya untuk terus berjuang.
“Apabila dia kembali ke posisinya dan sudah bersedia sebelum mata seterusnya bermula, dia secara tiba-tiba dilayangkan kad merah,” jelasnya.
Set ketiga, kedudukan terikat 20-20. Kemudian pengadil memanggil Goh Soon Huat & melayangkan kad merah atas alasan melengahkan permainan.
Situasi ini memberi satu mata percuma kepada beregu Perancis sekaligus menjadi mata akhir perlawanan.
Akhirnya beregu negara tewas 20-22. pic.twitter.com/poCGATMkNa
— Hab Sukan Malaysia (@habsukan) June 5, 2026
Penjelasan itu menguatkan lagi kritikan peminat terhadap Badminton World Federation dan umpire perlawanan, dengan ramai berpendapat pelaksanaan peraturan baharu perlu dilakukan secara lebih adil serta konsisten agar tidak menjejaskan keputusan penting dalam sesuatu perlawanan.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

10 hours ago
7



















![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)


















![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)





![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)
![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)

