Selangor terus membuktikan dirinya sebagai antara destinasi pelancongan pilihan di Malaysia apabila berjaya merekodkan 8.42 juta ketibaan pelancong sepanjang 2025. Angka ini sekali lagi menunjukkan negeri itu kekal menjadi tarikan utama buat pelancong tempatan dan antarabangsa.
MURAI rasa pencapaian ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Dari lokasi alam semula jadi, taman tema sehinggalah destinasi makanan yang sentiasa onz, Selangor memang ada pakej lengkap untuk pelbagai jenis pelancong.
China Kekal Pasaran Terbesar
Daripada jumlah tersebut, 68 peratus merupakan pelancong domestik, manakala 32 peratus ialah pelancong antarabangsa. China kekal menjadi penyumbang terbesar dengan 24.1 peratus, diikuti Singapura (13.4 peratus) dan Indonesia (6.7 peratus).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling, pencapaian itu adalah hasil kerjasama erat antara pemain industri pelancongan, rakan strategik, media dan pencipta kandungan yang terus membantu mempromosikan kempen Visit Selangor Year 2026 (VSY2026).
Selangor Travel Fair Kembali Minggu Ini
Dalam pada itu, orang ramai juga boleh mengunjungi Selangor Travel Fair 2026 yang akan berlangsung pada 25 dan 26 Julai di Central Market Kuala Lumpur. Edisi ketiga acara itu dijangka menarik lebih 40,000 pengunjung dengan penyertaan 35 pempamer yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan, penginapan dan tarikan menarik dari seluruh Selangor.
Bagi MURAI, kejayaan ini jelas menunjukkan promosi yang konsisten mampu membuahkan hasil. Bagai aur dengan tebing, kerjasama antara Tourism Selangor, media dan pencipta kandungan menjadi pelengkap dalam memastikan Selangor terus kekal relevan sebagai destinasi pilihan menjelang Visit Malaysia 2026.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

11 hours ago
8




![[VIDEO] Wanita Tangkap Ular, Bomba Hanya ‘Standby’? Netizen Keliru Siapa Panggil Siapa](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/4-4.webp)





![[VIDEO] Azan Disangka Ancaman, Kapal Terbang Buat Pendaratan Cemas](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/3-4.webp)








































