Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

3 hours ago 1

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga?

Bagi Shila Amzah, dia bukan sahaja berani mencuba, malah turut belajar budaya masyarakat Dong secara dekat ketika berada di Zhaoxing Dong Village, Guizhou, China.

Shila baru-baru ini menyertai acara pertukaran muzik dan budaya China-Malaysia menerusi siri Come to Guizhou. Suasananya pula bukan dalam dewan konsert moden, tetapi di sebuah perkampungan bersejarah yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Dong.

Shila Amzah Cuba Dong Grand Song

Malam tersebut dimulakan dengan Dong Grand Song, tradisi nyanyian masyarakat Dong yang menariknya dipersembahkan secara harmoni tanpa seorang konduktor mengetuai kumpulan.

Shila turut diberi peluang mendekati tradisi itu. Dia mendengar, cuba mengikut nyanyian penyanyi tempatan dan pada masa sama mengajar mereka sebuah lagu Malaysia.

Kiranya bukan konsep “saya datang, saya nyanyi, habis cerita”. Ada sesi belajar dan bertukar budaya juga.

Selain muzik, Shila turut mencuba teknik celupan kain tradisional yang merupakan sebahagian daripada warisan budaya tidak ketara masyarakat tempatan.

Shila Amzah

Dari Mandarin Sampai Melayu

Apabila tiba giliran Shila membuat persembahan, dia menyampaikan lagu dalam Mandarin, Melayu dan Inggeris.

Suara Shila kemudian memenuhi ruang perkampungan tersebut sebelum dia bersama barisan artis lain menyanyikan Come to Guizhou dan I’m Waiting for You in Guizhou sebagai penutup.

Persembahan itu turut disiarkan secara langsung di beberapa platform dan menarik lebih 300,000 penonton, dengan sekitar 30,000 interaksi dalam talian.

Yang menarik, ini bukan kali pertama Shila mempunyai hubungan dengan Guizhou. Pada 2014, dia pernah muncul dalam program Singing for China di Guizhou Satellite TV.

“Rasa Macam Balik Rumah” – Shila Amzah

Shila Amzah

Selepas 12 tahun, Shila kembali dan mengakui pengalaman kali ini terasa cukup dekat dengan dirinya.

Katanya, menyanyi di Guizhou membuatkan dia rasa seperti kembali ke rumah dan menyanyi untuk orang yang disayangi.

Mungkin itulah perkara menarik tentang muzik. Kita boleh berbeza bahasa, makanan dan budaya, tetapi bila melodi sudah dimainkan, tiba-tiba semua boleh connect.

Daripada Guizhou, Shila berharap dapat membawa pulang cerita tentang muzik etnik dan keunikan budaya tempatan untuk diperkenalkan pula kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Nampaknya, perjalanan kali ini bukan sekadar Malaysia bertemu China. Ia tentang dua budaya yang duduk semeja, saling belajar dan akhirnya menyanyi bersama.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

2

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |