Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan ‘terbesar’ keluarga penyanyi itu.
Ketika dia sedang menghadapi kritikan ramai selepas menyingkirkan Macklemore daripada jelajah itu, sepupu Ed sendiri, Jethro Sheeran tampil membuat kenyataan yang mengejutkan mengenai peribadi penyanyi itu.
Ed Sheeran Dilabel “Bukan Orang Baik” Oleh Sepupu
Penyanyi rap dan penerbit British, Jethro menggelar Ed sebagai “pengecut” dan mendedahkan bahawa peminat akhirnya dapat melihat peribadi sebenarnya.
Menerusi hantarannya di Instagram, Jethro menuduh Ed mementingkan diri dan berniat jahat, merujuk kepada Ed membuat keputusan sendiri mengenai penyingkiran Macklemore daripada jelajah itu.
“Akhirnya semuanya terbongkar! Akhirnya dunia dan semua peminatnya melihat perlakuannya. Dia bukan orang yang baik, saya tidak suka muziknya jadi saya tidak boleh mengatakan dia seorang artis yang bagus. Sejujurnya dia seorang individu yang mementingkan diri sendiri dengan cara yang berniat jahat dan licik. Dia mencurigakan dan dia sendiri telah menggugurkan Macklemore. Saya percaya 100% dia seorang pengecut.“
Walau bagaimanapun, tuduhan Jethro dilihat bercanggah dengan penjelasan Ed Sheeran sebelum ini. Menurut Ed, keputusan untuk mengeluarkan Macklemore bukan di tangannya memandangkan kontrak untuk jelajah tersebut dibuat dengan penganjur.
Untuk rekod, kontroversi itu terjadi selepas Macklemore menyatakan sokongannya terhadap Palestin semasa persembahan permbukaan jelajah itu pada awal September ini.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

5 hours ago
2



![[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-8-1.webp)






























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)














