Lagenda Puteri Santubong Kembali! Kisah Dua Puteri Sarawak Bakal Gegar Istana Budaya

5 hours ago 3

Lagenda Puteri Santubong yang sekian lama menjadi sebahagian daripada memori budaya Sarawak bakal diberi nafas baharu menerusi pementasan teater tari kontemporari di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Disember 2026.

Diterajui Lang Budaya dan diarahkan Dayang Mariana Abang Bolhassan, produksi ini menggabungkan seni tari, muzik serta penceritaan visual untuk membawa kisah Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang kepada generasi hari ini.

Kalau selama ini kita mengenali kisahnya melalui cerita orang tua atau lagu rakyat, kali ini ceritanya datang dengan versi lebih moden. Siap ada hampir 100 penggiat seni!

Lagenda Puteri Santubong Bukan Sekadar Cerita Lama

Lagenda Puteri Santubong

Kisah dua beradik ini bukan hanya tentang persaingan, tetapi turut menyentuh kasih sayang, konflik, pilihan dan perdamaian. Kajian akademik mengenai sejarah Santubong turut merekodkan legenda Puteri Santubong sebagai antara cerita rakyat Melayu Sarawak yang terkenal sejak turun-temurun, termasuk kisah Santubong menenun dan Sejinjang menumbuk padi.

Produksi baharu ini cuba melihat cerita tersebut dari perspektif masa kini melalui muzik asli arahan Shamsul Zain bersama barisan komposer kolaboratif.

Lebih menarik, penyanyi dan penghibur kelahiran Sarawak, Bob Yusof, turut tampil sebagai pencerita dan penyanyi. Barisan pelakon juga disertai bakat muda berusia antara enam hingga 16 tahun.

Dari Sarawak Ke Istana Budaya

Lagenda Puteri Santubong

Pementasan ini hadir dalam tahun yang cukup signifikan buat industri pelancongan dan budaya Malaysia. Tahun Melawat Malaysia 2026 menampilkan lebih 300 program dan acara yang mengetengahkan seni, budaya serta warisan negara.

Malah, Tourism Malaysia sendiri menekankan kepelbagaian budaya sebagai antara tarikan utama VM2026, termasuk tradisi seperti Gawai dan Kaamatan.

Jadi, kenapa legenda lama masih relevan? Sebab cerita tentang keluarga, ego, persaingan dan berdamai dengan orang tersayang sebenarnya tak pernah outdated.

Bezanya, generasi sekarang mungkin lebih mudah relate kalau kisah itu datang dengan muzik, tarian dan visual yang lebih fresh.

Lagenda Puteri Santubong

Lagenda Puteri Santubong akan dipentaskan pada 19 dan 20 Disember 2026, jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Berdasarkan maklumat jualan tiket, persembahan berdurasi sekitar 90 minit tanpa selang dan disarankan untuk penonton berusia 12 tahun ke atas.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |