Nampaknya satu malam memang belum cukup untuk peminat Malaysia bernostalgia dengan lagu-lagu Westlife. Selepas menerima sambutan hebat bagi persembahan pertama, kumpulan pop ikonik itu menambah satu lagi tarikh untuk Westlife 25: The Anniversary World Tour di Kuala Lumpur.
Konsert tambahan akan berlangsung pada 13 Januari 2027 (Rabu) di Unifi Arena, sehari sebelum persembahan yang telah diumumkan pada 14 Januari 2027 (Khamis). Maknanya, peminat kini ada dua malam untuk kembali menyanyi lagu yang mungkin pernah jadi soundtrack zaman sekolah, zaman bercinta atau zaman pura-pura move on.
Westlife Bakal Buka Jelajah Asia Tenggara Di KL
Lebih menarik, Kuala Lumpur menjadi lokasi pembukaan untuk segmen jelajah Asia Tenggara Westlife sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Hong Kong sepanjang Januari 2027.
Kalau anda membesar dengan My Love, Uptown Girl, You Raise Me Up atau Flying Without Wings, rasanya memang susah nak duduk diam apabila lagu-lagu ini mula dimainkan.
Westlife kini terdiri daripada Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily. Sambutan terhadap jelajah ulang tahun ke-25 mereka turut hadir ketika kumpulan itu meraikan album 25 – The Ultimate Collection, yang dilancarkan pada 8 Mei 2026. Album tersebut menghimpunkan 25 lagu termasuk beberapa karya baharu seperti Chariot dan Your Love Amazes Me.
Tiket Westlife Tambahan Dibuka 28 September
Untuk persembahan tambahan pada 13 Januari, jualan umum akan dibuka pada 28 September 2026, jam 11 pagi melalui GoLive Asia.
Jadi, kepada peminat Westlife yang sebelum ini mungkin terlepas peluang, kali ini jangan tunggu sampai orang lain sapu dulu. Dua malam sudah tersedia, tinggal pilih tarikh, kumpul geng dan bersedia untuk throwback habis-habisan.
Kadang-kadang kita kata “dah move on”, tetapi bila You Raise Me Up dimainkan… eh, kenapa tiba-tiba semua lirik masih hafal?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
2
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

4 hours ago
3





![[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/6-1.webp)




![[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-8-1.webp)

























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)














