Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna di platform Threads.
Menerusi kongsian pengguna, dikenali dengan nama @ibuumar, warganet menjadi tersentuh dan sebak melihat gelagat Yuki apabila berada dekat dengan ibunya.
“Stay Strong Yuki dan Cik Epal”- Netizen
Dalam video tersebut, Yuki nampak sangat mesra, berpelukan dan sentiasa mencium tangan CE. Gesture kecil seperti ini membuatkan warganet melihat ia sebagai salah satu cara kanak-kanak itu menyampaikan rasa sayang dan rindu terhadap ibunya walaupun tidak diucap dengan kata-kata.
@cikepal06Yuki suka nau nak cium tangan aku. Sekarang makin manja pulak. Aku balik kerja je Yuki dah lari pergi pintu sambut aku sambil dia jerit “Yayy. Mama dah balikkk” pastu peluk aku lama-lama. Kemain tak nak lepas. Time tidur pon selagi aku tak peluk dia, selagi tu lah dia tak nak tidur😄. Siapa anak dia perangai sama macam Yuki? 🙋🏻♀️
♬ Cukup Sampai Sini – Cik Epal
“Ini yang paling sedih, dia (Yuki) rindu tapi takut atau tak tahu nak luahkan. Stay strong Yuki dan CE.”
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang memberikan pelbagai reaksi, yang menyentuh hati melihat hubungan dua beranak itu.
Foto – ThreadsMalah ada juga yang berpendapat bahawa tidak semua kanak-kanak mampu meluahkan perasaan melalui kata-kata dan memilih perlakuan seperti ini untuk menunjukkan kasih sayang mereka.
Foto – ThreadsUntuk makluman semua, video mengenai Cik Epal dan Yuki kembali tular selepas bekas suaminya, Muhammad Syuhaimi mengumumkan mahkamah telah memuktamadkan hak hadanah penuh bagi dua anak mereka, Han dan Yuki jatuh kepadanya.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
2
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

5 hours ago
2








![[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-8-1.webp)

























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)














