Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain sedikit. Karnival Kerjaya Pahang 1st bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan, malah bakal dimeriahkan dengan persembahan artis popular.
Penyanyi Khai Bahar dan Haqiem Rusli dijadualkan tampil menerusi Mini Konsert Khai Bahar & Haqiem Rusli di Kompleks Belia dan Sukan Kuantan pada 26 September 2026.
Khai Bahar Sertai Karnival Kerjaya Pahang
Menariknya, acara ini menyediakan lebih 500 peluang pekerjaan menerusi sesi temu duga terbuka. Peluang tersebut melibatkan pelbagai sektor termasuk perkilangan, perkhidmatan, perhotelan, pembinaan, teknologi dan keusahawanan.
Bagi Khai, penganjuran karnival seperti ini bukan sekadar membuka ruang kepada pencari kerja bertemu majikan, tetapi turut memberi pendedahan tentang dunia pekerjaan dan perancangan kerjaya.
Khai juga menyifatkan peluang untuk memeriahkan acara berkenaan sebagai satu penghargaan buat dirinya. Jadi, sambil mencari kerja, bolehlah ‘release stress’ dengan persembahan dua penyanyi popular ini.
Bukan Kerja Sahaja, Ada Aktiviti Percuma
Selain sesi kerjaya, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti percuma seperti Fun Run, Netball 3 On 3, e-Sport dan Supa Dupa Kanak-Kanak.
Lebih menarik, cabutan bertuah bernilai RM20,000 turut disediakan dengan hadiah termasuk motosikal, Smart TV dan jongkong emas.
Khai turut menasihatkan pencari kerja supaya membuat pertimbangan berdasarkan keadaan serta perancangan jangka pendek dan panjang masing-masing.
Jadi, kalau sedang mencari peluang baharu, mungkin 26 September ini boleh dimasukkan dalam kalendar. Mana tahu datang dengan resume, balik dengan pekerjaan… atau sekurang-kurangnya hadiah cabutan bertuah!
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

1 hour ago
1









![[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/6-1.webp)




![[FOTO] Anwar Ibrahim ‘Throwback’ Momen Di Penjara Sungai Buloh- “Hanya Melalui Telefon…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-8-1.webp)





















![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)














