Usahawan Khairul Aming, atau mesra disapa sebagai KA, sekali lagi menjadi perhatian ramai kerana seorang wanita didakwa peminat fanatiknya telah berkongsi data peribadinya di khalayak umum.
Isu tersebut tular di platform Threads, apabila wanita berkenaan didakwa mengetahui beberapa maklumat peribadi milik usahawan tersebut. Perkongsian wanita itu telah mengundang rasa kurang senang warganet, termasuklah KA sendiri.
Untuk makluman, wanita tersebut berkongsi bahawa dia mengetahui bil telefon KA telah tertunggak. Dia juga tertanya-tanya adakah usahawan itu mengetahui hal tersebut atau tidak.
“Teringin nak bagitau KA beliau ada overdue bil RM498. Agak-agak beliau perasan ke tak tu banyak sangat akaun kan satgi line kena barred.”
Foto – @frisimran._ (Threads)Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat perhatian KA apabila usahawan itu tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh mengetahui data peribadinya.
“Tak perlu beritahu sebab ni hal peribadi saya. Tapi yang jadi creepy macam mana awak boleh tahu info bill Maxis saya ni sampai post ke public? Ni personal data saya. Mohon penjelasan daripada Maxis macam mana personal phone bill saya boleh leak.”
Pada masa yang sama, ramai yang menggesa usahawa itu untuk mendapatkan penjelasan daripada syarikat telekomunikasi tersebut mengenai pembocoran data peribadinya. Malah ada juga yang menggesa KA untuk menyaman wanita tersebut kerana telah membocorkan data peribadinya di media sosial.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

1 month ago
109




![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

