Laluan Baharu ASEAN dan Eropah, Vietjet Lancar Jualan Mega 12 Juta Tiket

15 hours ago 6

Vietjet melancarkan salah satu promosi terbesar tahun ini dengan menawarkan 12 juta tiket di seluruh rangkaian yang semakin berkembang. Promosi ini termasuk semua laluan Malaysia–Vietnam.

Bagi meraikan pengembangan berterusan ini, Vietjet melancarkan salah satu promosi terbesar pada tahun ini. Syarikat penerbangan ini menawarkan 12 juta tiket diskaun di seluruh rangkaian penerbangannya, termasuk laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Hanoi. Atau Ho Chi Minh City dan Da Nang. Mulai sekarang hingga 7 Jun 2026 (waktu Malaysia). 

Para pelancong boleh menikmati promosi khas apabila membuat tempahan melalui laman web Vietjet, aplikasi mudah alih, serta pejabat tiket dan ejen rasmi di seluruh dunia:

  • Tambang Eco serendah RM268 sehala (termasuk semua cukai dan yuran) bagi semua laluan Malaysia–Vietnam menggunakan kod promo SALE66, untuk perjalanan antara 5 September 2026 hingga 31 Mac 2027 (*)
  • Diskaun 15% untuk tambang Deluxe (**) bagi laluan baharu Hanoi–Prague dan Hanoi–Almaty menggunakan kod promo HELLOVIETNAM, untuk perjalanan antara 10 Oktober 2026 hingga 31 Mac 2027 (*)

Vietjet turut menawarkan penjimatan tambahan melalui Jualan Musim Panas 2026 bagi perjalanan antara 1 Jun hingga 31 Ogos 2026 (*):

  • Diskaun 30% untuk tambang Deluxe (**) menggunakan kod promo SALE66DLX
  • Diskaun 20% untuk tambang SkyBoss dan Business (**) menggunakan kod promo VJSALE20

Bagi pelancong Malaysia yang mahukan keselesaan dan fleksibiliti, tambang Deluxe menawarkan manfaat:

  • Elaun bagasi daftar masuk percuma 20kg
  • Pemilihan tempat duduk keutamaan
  • Perubahan jadual penerbangan percuma
Foto – Vietjet

Penumpang yang terbang bersama Vietjet juga boleh menikmati pengalaman dalam penerbangan moden. Sama ada dengan pelbagai hidangan panas berinspirasikan masakan Vietnam dan antarabangsa, perkhidmatan mesra. Serta penerbangan yang dikendalikan oleh pesawat moden dan jimat bahan api milik syarikat.

(*) Tempoh perjalanan berbeza mengikut laluan. Tarikh sekatan dikenakan.
(**) Tidak termasuk cukai dan yuran

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

3

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |