Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi bualan ramai, lebih-lebih lagi selepas menamatkan misi lariannya sejauh 170 kilometer untuk mengumpul bantuan bagi rakyat Muar.
Menerusi akaun media sosialnya, Saddiq mengumumkan telah menerima hasil sumbangan daripada orang ramai sebanyak RM650,959.21 iaitu tiga kali ganda daripada sasarannya, RM200,000.
“Sasaran asal hanyalah RM200,000 tetapi kita berjaya mengumpulkan lebih tiga kali ganda daripada sasaran itu. Semua ini datang daripada lebih 10,000 orang penyumbang.”
Tambah Saddiq, hasil sumbangan diterima daripada misi larian tersebut telah disalurkan kepada golongan yang memerlukan di Muar, Johor.
“Sampai sahaja di Muar, pukul 12 tengah hari akan agihkan 1000 bakul makanan, 51 iPad dan RM61,400 biasiswa pendidikan. Hari Isnin (20/7/2026) kena buat 2nd order sebab dah jauh melangkui target RM200,000.”
Tindakan Saddiq itu telah menuai pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial lain. inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima bantuan, malah menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
Untuk makluman, misi Larian Kesyukuran Muar sejauh kira-kira 170 kilometer ini bermula dari Istana Kehakiman Putrajaya, menuju ke Laman Maharani, Muar selama empat hari.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

1 month ago
105




![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

