
Untuk makluman peminat filem Bollywood, ‘Fiza’ yang ditayangkan pada tahun 2000 merupakan sebuah filem Bollywood yang mengishakan tentang isu keganasan. Ditulis dan diarahkan oleh Khalid Mohamed, filem ini dibintangi oleh Karisma Kapoor, Hrithik Roshan dan Jaya Bachchan.
Walaupun mendapat sambutan yang menggalakan, namun penerbitan ‘Fiza’ tidak berjaya sepenuhnya. Bagi kamu yang tidak tahu, filem ‘Fiza’ tidak pernah dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana majoriti penduduknya beragama Islam.
Berikut MURAI kongsikan empat fakta menarik tentang ‘Fiza’ untuk buat kamu lebih faham mengapa ia dilarang tayang di Malaysia.
1. Berkisar tentang isu keganasan
Filem ‘Fiza’ mengisahkan tentang Amaan Ikramullah (Hrithik Roshan), anak kepada Nishatbi Ikramullah (Jaya Bachchan). Semasa rusuhan Bombay 1993, Amaan telah diisytiharkan hilang. Setelah beberapa tahun berlalu, Fiza Ikramullah (Karisma Kapoor) iaitu kakak kepada Amaan mula berputus asa menunggu kepulangan adiknya itu.
Dia melakukan segala yang dia mampu untuk mencari Amaan. Dipendekkan cerita, Fiza akhirnya bertemu dengan Amaan. Bagaimanapun, dia terkejut apabila mengetahui bahawa Amaan telah menyertai kumpulan pengganas.
2. Tidak boleh ditayangkan di Malaysia
Filem ‘Fiza’ tidak dibenarkan untuk ditayangkan di Malaysia kerana kerajaan Malaysia tidak bersetuju dengan kisahnya yang menggambarkan orang Muslim sebagai pengganas. Menurut kerajaan, seorang Muslim tidak boleh menjadi pengganas.
3. Filem kedua Hrithik Roshan sebagai pelakon
Selepas penampilan sulungnya dalam filem ‘Kaho Naa… Pyaar Hai’ (2000), nama Hrithik Roshan melonjak naik dan dikenali ramai. Sejak daripada itu, Hrithik ditawarkan banyak projek lakonan kerana dia dianggap mempunyai kemahiran lakonan yang bagus.
Manakala ‘Fiza’ pula merupakan filem kedua Hrithik sebagai pelakon. Hrithik juga amat bersyukur kerana lakonannya dalam filem ‘Fiza’ mampu menarik perhatian penonton skrin besar.
4. Berjaya meraih sekitar ₹322 juta di box office
Menampilkan plot yang menarik dan mesej moral yang kuat, filem ‘Fiza’ adalah kejayaan komersial industri Bollywood. Filem itu menelan belanja kira-kira ₹55 juta (RM 2,615,896.25) dan berjaya mencatat jumlah kutipan terbanyak sekitar ₹322 juta (RM 15,314,883.50) di box office.
Psst… Ada tak di kalangan pembaca MURAI yang sudah menonton filem ini? Kongsikan pendapat kamu.
The post Kenapa Malaysia Larang Tayangan Filem ‘Fiza’ Lakonan Hrithik Roshan & Karisma Kapoor? appeared first on Murai MY.

3 weeks ago
70



![[VIDEO] Teringin Ayam Gepuk Selepas Pantang, Wanita Terkejut Dapat ‘Protein’ Tambahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/2.webp)













































