“Kenapa banyak kosong?” Itu antara persoalan yang mula hangat diperkatakan netizen di Threads apabila sebuah video memaparkan keadaan Datum Jelatek tular baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsi dari tingkat atas kondominium mewah itu, kelihatan banyak unit masih gelap dan dipercayai belum berpenghuni meskipun projek tersebut berada di lokasi yang cukup strategik di tengah Kuala Lumpur.
Apa yang lebih mengejutkan, kondominium itu sebenarnya dilengkapi pelbagai fasiliti moden termasuk pasar raya Lotus di bahagian bawah selain akses terus berhampiran stesen LRT. Malah, ramai mengakui pemandangan dari atas bangunan tersebut memang ‘mahal’ kerana boleh melihat panorama 360 darjah Kuala Lumpur.
Condo paling tak laku in Keramat?
Namun di ruangan Threads, ramai netizen tampil berkongsi pandangan masing-masing mengenai mengapa projek berstatus mewah itu dilihat masih kurang mendapat sambutan.
“Condo paling tak laku in Keramat.. Keramat consider paling dekat dengan KL. Ramai kerja KL pusat bandar memang suka stay Keramat Wangsa Maju. Dekat dengan segalanya, lagi-lagi Datum ni depan je stesen LRT dah. Tapi sayang condo ni tak ramai pun berminat nak beli,” tulis seorang pengguna.
Selain lokasi, harga jualan turut menjadi topik utama perbincangan. Ada yang mendakwa unit di kondominium itu dijual terlalu mahal walaupun mempunyai saiz yang dianggap kecil.
“Rumah ni siap tahun 2022 tapi kondisi macam kurang pembeli. Mungkin sebab dijual pada harga terlalu mahal untuk rumah size kecil,” kata seorang lagi netizen.
Tidak kurang juga yang membandingkan harga unit di situ dengan beberapa kondominium lain berhampiran kawasan KLCC.
“Condo yang paling tak berbaloi untuk beli atau sewa. Harga sama atau hampir sama dengan condo-condo tepi KLCC. Traffic teruk time peak hour. Nanti bila apartment lain buka tepi tu memang good luck lah traffic area situ,” tulis seorang pengguna Threads.
Kena Sumpahan?
Dalam masa sama, muncul juga komen bersifat sinis dan mistik apabila ada netizen secara berseloroh mendakwa projek itu “disumpah”.
“Banyak gila kosong. Aku rasa projek ni kena sumpah dengan penduduk flat kat situ dulu. Janji lain buat lain,” dakwa individu terbabit.
Walaupun pelbagai spekulasi muncul di media sosial, tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai punca sebenar banyak unit dilihat kosong. Namun rata-rata netizen berpendapat faktor harga, saiz unit serta kesesakan trafik mungkin antara sebab utama kondominium itu masih belum dipenuhi penghuni.
Apa pun, ramai mengakui satu perkara pemandangan dari atas Datum Jelatek memang cantik dan ‘rare’ untuk dinikmati di tengah ibu kota.

13 hours ago
7








![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)

![[VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- “Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-50.webp)






![[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-8-1.webp)
























![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)







![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)

