Isu berkaitan cukai dan tindakan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini hangat diperkatakan di media sosial apabila ramai usahawan tampil berkongsi pengalaman berdepan masalah percukaian yang dipercayai berpunca daripada pengurusan pihak ketiga.
Dalam kekecohan tersebut, usahawan terkenal, Yatie Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Sendayu Tinggi tampil memberikan pandangan serta nasihat kepada para peniaga menerusi satu hantaran di Threads.
Menurut Yatie, ramai yang masih tidak mengetahui bahawa individu yang menyalurkan maklumat tepat kepada LHDN boleh menerima ganjaran sekiranya maklumat tersebut membantu pihak berkuasa membuat kutipan cukai.
“Ramai yg tak tahu, pemberi maklumat (informer) pd LHDN blh menerima ganjaran kalau maklumat yg diberikan tepat & membawa kepada kutipan cukai. Identiti pemberi maklumat juga dirahsiakan.
Sebagai usahawan, kita perlu sentiasa peka & ambil tahu pasal akaun & percukaian. Jgn serah bulat-bulat pada org lain. Fahami asas kewangan perniagaan supaya kita tak mudah dipermainkan atau terdedah kepada risiko yg tak sepatutnya,” tulisnya.
Perkongsian itu kemudian menarik perhatian seorang lagi usahawan, Aleeya Avenys, yang turut berkongsi pengalamannya berdepan laporan berkaitan percukaian.
“Better laa kak jangan share, pasal mereka report mereka dapat duit ni. Daripada tak tahu.. diaorg tahu.. abis semua orang dia report. Kite dah kena berkali-kali dah ni,” katanya berseloroh.
Bagaimanapun, Yatie menjelaskan bahawa proses untuk mendapatkan ganjaran tersebut bukanlah semudah yang disangka dan hanya melibatkan maklumat yang benar-benar tepat serta membuktikan berlaku kegagalan membayar cukai.
“Tak semudah tu juga mereka dapat komisen. Kecuali info tepat yang company memang tak bayar cukai. Sbb tu kena urus properly.
Owner kena tahu apa perlu disediakan spy tak sesiapa blh ugut kita samada staf atau org luar. Sbb tu owner kena tahu baca report akaun & faham tax,” balasnya.
Terdahulu, media sosial dibanjiri pelbagai perkongsian mengenai usahawan yang didakwa berdepan tuntutan cukai mencecah jutaan ringgit selepas menggunakan khidmat ejen cukai untuk menguruskan urusan percukaian syarikat mereka.
Situasi itu membuka perbincangan dalam kalangan netizen mengenai kepentingan pemilik perniagaan memahami asas akaun dan percukaian sendiri, walaupun menggunakan khidmat profesional, bagi mengelakkan risiko penipuan atau kecuaian yang boleh memberi kesan besar kepada kewangan syarikat.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

7 hours ago
8






![[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-56.webp)
































![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)





![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)
