Pelakon versatil Que Haidar tidak menyangka tindakannya memuat naik video ringkas menyanyikan lagu Jamilah di TikTok akan mencetuskan fenomena hingga tular dan menjadi siulan ramai. Que atau nama penuhnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 46, mengakui video berkenaan dibuat secara spontan hanya untuk mengisi masa terluang sebelum tidur, namun siapa sangka ia akhirnya mencuri perhatian ribuan pengguna media sosial.

“Saya ketika itu mengantuk dan nak tidur. Hidup saya pula tak berapa meriah dan sedang ‘scroll’ TikTok pada pukul 2 pagi, kemudian nampak ada seorang lelaki ‘miming’ lagu Jamilah. Saya rasa lagu itu mengimbau zaman kanak-kanak saya dan terus rasa nak buat juga. Katil besar, tiada orang di sebelah, nak buat apa lagi? Jadi, kita hiburkan diri dengan buat video itu sebelum tidur,” katanya berseloroh ketika menjadi tetamu segmen 3 Pagi Era hari ini.
Tidak menyangka sambutan yang luar biasa, Que berkata video berkenaan menerima ribuan komen, majoritinya daripada golongan wanita yang nyata terhibur dengan gayanya yang bersahaja.

“Keesokan hari, mula-mula saya semangat juga nak tengok ‘like’ dan komen, tapi selepas itu sudah tak larat sebab dah beribu-ribu respon. Tapi saya tengok setiap video dan hargai apabila orang suka dan gembira. Video ‘simple’ sahaja tetapi buat orang seronok,” katanya.
Sehingga kini, video Jamilah itu telah meraih lebih 5.6 juta tontonan, 9,000 komen dan 122,000 tanda suka. Dalam ruangan komen, ramai wanita berseloroh ingin menukar nama mereka kepada “Jamilah” gara-gara terlalu terhibur dengan aksi selamba pelakon filem Rock itu. Siapa sangka, niat sekadar menghiburkan diri sebelum tidur akhirnya menjadikan Que Haidar tular semula di media sosial dengan gelaran “Abang Jamilah”.

1 month ago
33











![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)
















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)