Pelakon, Shah Iskandar berkongsi khabar duka mengenai isterinya, yang terpaksa menggugurkan bayi di dalam kandungan setelah disahkan menghidap Sindrom Edwards.
Bayi Dalam Kandungan Hidap Sindrom Edwards
Shah Iskandar Mahfuz menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa proses induksi harus dilakukan dengan lebih awal kerana boleh memberikan risiko bahaya kepada isterinya jika menunggu dengan lebih lama memandangkan dia baru menjalani pembedahan Caesarean lapan bulan lalu.
“Isteri saya kini hamil 16 minggu anak ketiga, namun bayi telah dikesan menghidapi Syndrom Edwards, iaitu trisomi 18 atau dalam bahasa mudahnya, terlebih bilangan kromosom.
Lapisan di belakang leher bayi menunjukkan ketebalan 4.8 sentimeter. Doktor nasihatkan supaya diinduksi lebih awal kerana menunggu lebih lama boleh mendatangkan kondisi bahaya kepada Sarah kerana dia baru sahaja Czer 8 bulan lalu.”-kongsi Shah di Instagram
“Dengan Hati Yang Berat…”
Tambahnya lagi, kadar kebarangkalian untuk bayi tersebut kembali hidup hanyalah sekitar lima peratus selain jangka hayatnya hanya antara enam bulan hingga setahun dengan bantuan alat sokongan hayat bagi organ penting yang terjejas.
“Dengan hati yang berat dan setelah menerima nasihat tegas daripada pakar fetal kami, saya dan Sarah telah membuat keputusan untuk meneruskan proses pengguguran ini.
Kami rasa terlalu kejam jika untuk membiarkan bayi ini menderita dengan hidup bergantung kepada mesin sokongan hayat untuk tempoh enam bulan sehingga setahun itu.”-tulis Shah lagi

Mohon Doa Orang Ramai
Dalam pada itu, pelakon filem 3 Hajat ini turut memohon doa orang ramai buat keselamatan isteri serta bakal disambut bayi perempuan mereka di Jannah kelak.
“Sarah telah dimasukkan ke wad sejak malam tadi dan telah melalui proses induksi kali kedua pada jam 5 petang tadi (semalam).
Mohon semua doakan keselamatan Sarah serta proses pengguran ini berjalan dengan lancar. Semoga anak perempuan kami (ya, anak perempuan syurga) akan sambut kami di Jannah, InsyaAllah.
Saya hanya memohon agar anda semua mendoakan untuk anak saya, Maryam Inara, dan isteri saya, Siti Sarah. Terima kasih. Al-Fatihah.”-titipnya
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh bayi perempuan mereka bakal menanti ibubapanya di syurga kelak..

3 hours ago
3








![[VIDEO] Fazura Perjelas Isu ‘Jodoh & Berkahwin’ Raih Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-3.jpg)
![[VIDEO] Cakap Kat Anak Saya ‘Mak Kau Hijau’ Saya Tak Marah Sebab..-“Siti Nurhaliza](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design-2.jpg)








![[VIDEO] Sharifah Shahirah ‘Pasrah’ Lihat Airra Tindik Kening, Netizen Terhibur!-“Mak Paling Sempoi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e3ae0d7f-a465-483f-8962-f401b198439e.jpg)
![[VIDEO] Tak Sengaja Bercumbu Depan Kamera, Reaksi Kajol & SRK Undang Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-1.jpg)











![[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Izara Aishah Marah Dalam Live-“Baran Betul CEO Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-21.webp)



![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)





![[VIDEO] Gelagat Mira Filzah & Anak Lelakinya Buat Trend Bugatti, Curi Perhatian Netizen!-“Comel Amir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/fc235ace-c8e3-485d-8dc9-a97598885051-1.jpg)
![[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fatima ‘Kiss’ Pipi & Dahi Fattah Amin](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-33.png)





![[VIDEO] “Jangan Kita Gadaikan Masa Depan Untuk Beli Jeruk Mangga!” Netizen Kagum Pemikiran Ammar Ahyan Uruskan Kewangan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ammayan-feat.png)
