Perlawanan bola sepak yang sepatutnya menjadi hiburan empat tahun sekali tiba-tiba bertukar menjadi medan perdebatan hangat di media sosial. Kali ini, bukan tentang taktikal atau prestasi pemain, tetapi apabila seorang pengguna Threads mengaitkan sokongan terhadap pasukan England dengan sejarah penubuhan Israel dan isu Palestin.
Bola Atau Ideologi?
Individu itu mendakwa dia berasa “jijik” melihat orang Islam di Malaysia menyokong England kerana menurutnya, Britain mempunyai kaitan sejarah melalui Deklarasi Balfour pada 1917 yang akhirnya membawa kepada penubuhan Israel pada 1948. Dia turut menyifatkan menyokong Sepanyol lebih “logik” kerana negara itu lantang memperjuangkan isu Palestin dan kemanusiaan.
Malah, dia turut mendakwa kononnya FIFA sudah menetapkan Argentina sebagai pemenang, sekali gus menambah lagi perbincangan hangat dalam ruangan komen.
Ramai Tak Setuju, Minta Jangan Campur Aduk
Bagaimanapun, ramai netizen tampil membidas pandangan tersebut. Ada yang menegaskan mereka sekadar menikmati bola sepak tanpa membawa ideologi sesebuah negara.
VIA Threads
VIA Threads
VIA ThreadsSeorang lagi turut menyindir bahawa jika semua perkara mahu dikaitkan dengan politik, maka penggunaan aplikasi media sosial, bahasa dan pelbagai aspek kehidupan juga boleh dipersoalkan dengan logik yang sama.
Pada pandangan MURAI, setiap orang bebas memilih pasukan kegemaran masing-masing. Ada yang menyokong kerana sejarah, ada kerana pemain, dan tidak kurang juga sebab corak permainan. Tak salah jika mahu membawa kesedaran tentang isu kemanusiaan, tetapi memaksa orang lain mengaitkan minat terhadap bola sepak dengan pegangan politik atau agama mungkin bukan jalan terbaik. Akhirnya, bola sepak tetap sukan yang menyatukan jutaan peminat di seluruh dunia, bukan memecah-belahkan mereka.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

7 hours ago
4



![[REVIEW] Jangan Buang Ibu: Kalau Tak Kuat Emosi Jangan Tengok Sebab…](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/MURAI-Feature-Image-2026-25.webp)














































