Ini Kemungkinan Kenapa Trump Menginap Di The Ritz-Carlton KL

4 hours ago 5

Kehadiran Donald Trump ke Sidang ASEAN di Kuala Lumpur baru-baru ini memang mencuri perhatian ramai. Dari pemimpin sampai ke netizen, semua tertanya, bukan pasal ucapannya sangat, tapi pasal hotel mana dia menginap kali ini.

Awalnya, ada rumor kata Trump duduk di Park Hyatt KL, hotel tertinggi di Malaysia yang terletak dalam bangunan ikonik PNB 118. Tapi bila laporan sebenar keluar, rupanya beliau memilih The Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Terus ramai buat spekulasi: kenapa bukan hotel paling tinggi, tapi yang ini juga jadi pilihan?

Ha, jom kita bongkar 5 sebab kenapa Trump nampaknya tak boleh move on dari Ritz-Carlton.

1. Hotel ‘Made in America’, Rasa Macam Balik Kampung

Ritz-Carlton ini bukan jenama biasa. Ia berasal dari Amerika Syarikat, di bawah kumpulan Marriott International, negara kelahiran Trump sendiri.
Sebagai bekas Presiden yang bangga dengan produk negaranya, mungkin Trump rasa lebih ‘secure’ dan selesa bila duduk bawah bumbung hotel “buatan Amerika”. Lagi pun, vibe dia memang sesuai, kemas, mewah dan penuh gaya “I’m the boss”.

2. Dulu Pernah Join Projek Ritz-Carlton Toronto

Ramai tak tahu, Trump bukan sekadar tetamu tetap, dia pernah jadi rakan kongsi dalam projek Ritz-Carlton Toronto, bernilai lebih USD300 juta.
Menurut CBC, bangunan setinggi 65 tingkat itu jadi mercu tanda pertama beliau dalam pasaran hartanah Kanada. Ada 221 bilik hotel, 406 unit kediaman mewah, dan harga paling tinggi mencecah USD18 juta satu! Jadi, tak pelik kalau beliau ada “sentimental value” dengan jenama ini.  Macam cinta lama yang masih berbekas di hati.

 Ritz-Carlton Toronto

3. Konsisten & Tak Pernah Mengecewakan

Trump ini jenis cerewet. Ritz-Carlton pula antara hotel yang servisnya konsisten di seluruh dunia, dari bilik, makanan, sampai tahap layanan.
Tak kira di Abu Dhabi, Toronto atau Kuala Lumpur, semua standardnya sama. Bagi Trump yang biasa dengan kemewahan dan jadual padat, hotel ini memang “safe choice”.

4. Lokasi Strategik, Dekat Dengan Sidang ASEAN & Privasi Terjamin

The Ritz-Carlton Kuala Lumpur terletak tak jauh dari KLCC, tempat berlangsungnya Sidang ASEAN tahun ni.

Bukan saja senang untuk keluar masuk acara rasmi, tapi hotel ni juga terkenal dengan kawalan privasi yang ketat, sesuai untuk tetamu bertaraf presiden. Lagipun, Barack Obama pun pernah menginap di sini masa lawatan ke Malaysia dulu. Jadi bila Trump pilih tempat sama, logiklah. Kalau hotel itu dah lulus “ujian Obama”, maknanya memang layak untuk presiden.

Park Hyatt KL mungkin tinggi, tapi Ritz-Carlton tetap menang di hati Trump, sebab bagi dia, kemewahan bukan sekadar ketinggian, tapi keselesaan dan gaya hidup yang sesuai dengan “brand” dirinya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |