“Hati Nurani Tak Boleh Diwarisi Mesin”- Anwar Beri Peringatan Tentang AI

14 hours ago 6

Dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kemajuan teknologi tidak seharusnya menghakis nilai kemanusiaan yang menjadi teras kehidupan masyarakat.

Ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin di Universiti Tokyo, Jepun, Anwar menegaskan pembangunan AI perlu berpaksikan integriti, tanggungjawab moral dan nilai kemanusiaan, bukan sekadar mengejar kecekapan serta keuntungan ekonomi.

“Hati Nurani Tak Boleh Diwarisi Mesin”- Anwar Beri Peringatan Tentang AI

Menurut beliau, walaupun dunia menyaksikan perkembangan AI yang pesat, masyarakat global masih berdepan pelbagai cabaran seperti konflik, peperangan, ketidaksamaan dan penindasan.

VIA Pejabat Perdana Menteri

“Kita menyokong kemajuan teknologi termasuk AI. Namun jika ia memasuki rumah, sekolah, hospital, pejabat, institusi awam malah imaginasi kita, maka cabaran yang dihadapi adalah amat besar.

“Kita mesti membina sistem yang berkhidmat untuk manusia bagi memperkayakan nilai kemanusiaan, bukannya merendahkannya.

“Ia bagi memastikan institusi kekal bertanggungjawab kepada rakyat serta masyarakat terus mengingati perkara yang tidak boleh diwarisi oleh mesin iaitu hati nurani, ihsan, rahmah, tanggungjawab, integriti dan keprihatinan terhadap sesama insan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa apabila AI semakin banyak digunakan dalam rumah, sekolah, hospital dan institusi awam, cabaran untuk memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab menjadi semakin besar.

Teknologi hanyalah alat

Murai berpendapat peringatan yang disampaikan Anwar ini memang relevan dengan situasi semasa. AI kini semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, malah ada yang menggunakannya untuk bekerja, belajar dan membuat keputusan penting.

Namun secanggih mana pun teknologi yang dicipta, ia tetap tidak mampu menggantikan empati, belas ihsan dan pertimbangan moral yang dimiliki manusia. Akhirnya, teknologi hanyalah alat  yang menentukan hala tuju dan kesannya tetap manusia sendiri.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

2

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |