Kalau dulu AI hanya ‘melekat’ pada telefon pintar, kini Samsung nampaknya bersedia membuka lembaran baharu. Pada acara Galaxy Unpacked di London, syarikat itu memperkenalkan Intelligent Eyewear, iaitu cermin mata pintar yang dibangunkan bersama jenama fesyen terkenal, Gentle Monster dan Warby Parker.
Samsung Intelligent Eyewear, Bukan Sekadar Gaya, Tapi Pintar
Apa yang menarik perhatian MURAI, cermin mata ini bukan sekadar aksesori bergaya. Ia direka ringan, selesa dipakai sepanjang hari dan hadir dengan pelbagai pilihan bingkai serta lensa mengikut cita rasa pengguna.
Lebih menarik, peranti ini dikuasakan platform Snapdragon AR1 Gen1 dan disepadukan dengan Gemini AI menerusi kerjasama Samsung dan Google. Hasilnya, pengguna boleh mendapatkan bantuan AI secara terus tanpa perlu mengeluarkan telefon. Memang nampak macam cermin mata masa depan!
AI Teman Aktiviti Harian
Cermin mata ini mampu meringkaskan mesej yang panjang, membaca maklumat penting, membuat terjemahan secara langsung serta membantu mencari arah hanya menggunakan arahan suara atau sentuhan mudah.
Bukan itu sahaja, kamera terbina dalam juga boleh merakam apa yang sedang dilihat pengguna seperti nota mesyuarat atau papan putih sebelum menyimpannya ke dalam Notes untuk rujukan kemudian. Sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk bekerja atau gemar travel.
Menurut Samsung, baterinya mampu bertahan sehingga sembilan jam dengan tambahan tujuh kali cas penuh melalui bekas pengecas.
Bagi MURAI, ini jelas menunjukkan masa depan teknologi bukan lagi bergantung kepada skrin semata-mata. AI kini semakin dekat dengan kehidupan harian dan hadir secara lebih natural. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air, satu peranti boleh melakukan pelbagai tugas tanpa mengganggu rutin seharian.
Persoalannya, adakah ini bakal menjadi gadget wajib dimiliki selepas telefon pintar?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

13 hours ago
11















![[VIDEO] Wanita Tangkap Ular, Bomba Hanya ‘Standby’? Netizen Keliru Siapa Panggil Siapa](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/4-4.webp)





![[VIDEO] Azan Disangka Ancaman, Kapal Terbang Buat Pendaratan Cemas](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/3-4.webp)






























