Fazley Yaakob Bersungguh Mahu Cari Jodoh, Curi Perhatian Netizen!-Jangan Segan Untuk DM..”

17 hours ago 8

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mengakui dirinya serius untuk mencari jodoh setelah ramai yang bertanyakan kepadanya di media sosial.

Fazley menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa hasratnya untuk mencari jodoh itu adalah benar dan meminta para netizen untuk tidak segan ‘approach’ dirinya sebagai langkah pertama.

“Oh my ramai pulak tanya saya the past few weeks, ya isu cari jodoh untuk saya ini adalah benar.

Ya saya masih into ‘Chinese look’, tidak kurus dan bersih. Anda tahu ini. Ia terbuka kepada semua. Jangan segan untuk DM atau buat first move. Belum cuba belum tahu kan?.-“tulis Fazley di Thread

Dibanjiri Komen Netizen!

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap hantaran Fazley, malah ada yang sempat berseloroh merasakan diri mereka tidak sesuai kerana bekas isteri chef selebriti ini merupakan anak perempuan kepada bekas Iron Lady Malaysia.

“Bekas isteri awak anak perempuan bekas First Lady, saya tak rasa saya mempunyai peluang 🤭.”

“I enough Chinese look tak 🤪, saya funny juga jadi awak takkan boring dengan saya hahha.”

“Semoga Dato dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.”

“I am not chinese but can speak chinese.. also I am not thin 😁.. but with the Q list soooooo loooong I think not stand a chance 🫢 Anyway good to you sir.. jodoh dan maut dah ditentukan Allah.”

“Semoga di permudahkan urusan Dato.”

Sekadar info, Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Ahmad pernah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2008 di Masjid Saidina Umar Al- Khattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah pada sekitar pertengahan 2024.

Hasil perkahwinan, mereka  dikurniakan 3 orang anak lelaki , iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah, serta seorang anak perempuan, Alayna Selma.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |