Faizal Tahir Kembali Dengan Lagu Patriotik Baharu, Aku Berjanji

19 hours ago 9

Mood patriotik dah mula terasa! Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2026 secara rasminya dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Ipoh, Perak.

Faizal Tahir Kembali Dengan Lagu Patriotik Baharu, Aku Berjanji

Aku Berjanji Oleh Faizal Tahir

Apa yang paling mencuri perhatian sudah tentu kemunculan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 berjudul Aku Berjanji yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir. Ini merupakan kali pertama lagu tersebut diperdengarkan kepada umum dengan mesej yang cukup jelas iaitu mengajak rakyat Malaysia terus bersatu hati, menghargai perpaduan dan sama-sama mempertahankan kedaulatan negara.

Faizal Tahir Kembali Dengan Lagu Patriotik Baharu, Aku BerjanjiFaizal Tahir Kembali Dengan Lagu Patriotik Baharu, Aku Berjanji

Pelbagai Aktiviti Semarakkan Semangat Merdeka

Bukan sekadar pelancaran, majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan pergendangan tradisional Melayu, Cina, India dan Gong Borneo oleh pelajar UPSI serta nyanyian lagu-lagu patriotik daripada pelatih ILKKM SAS bersama artis PENTARAMA JAPEN. Memang terasa vibe Merdeka!

YouTube video

Pada sebelah pagi pula, lebih 2,000 peserta menyertai Larian Patriot Merdeka, selain pelbagai program komuniti seperti Pameran Kenegaraan, Wellness on Wheels, Klinik Pergigian dan NADI on Wheels yang memberi manfaat kepada pengunjung.

Bagi MURAI, usaha seperti ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi menjadi ruang untuk mengingatkan kita bahawa semangat cintakan negara perlu terus dipupuk, lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda. Bak kata pepatah, bersatu teguh, bercerai roboh.

Aku Berjanji yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir

Seiring bermulanya Bulan Kebangsaan 2026, orang ramai diseru mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing serta memeriahkan pelbagai program patriotik di seluruh negara. Kadang-kadang, perkara yang nampak simple seperti mengibarkan bendera pun mampu menyuntik rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

2

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |