Selepas menarik perhatian ramai dengan hantaran Threads baru-baru ini, nama penyanyi Aina Abdul terus menjadi bualan selepas akui dirinya lebih tertarik dengan lelaki yang tidak bekerja dalam industri seni.
Menerusi temu bualnya bersama Suria FM, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani, mendedahkan dirinya tidak meletakkan sebarang ciri-ciri spesifik untuk calon suami.
Akuinya pelatun lagu ‘Berjauh-an’, dia lebih selesa berkongsi hidup dengan individu yang mempunyai latar belakang berbeza dan bukannya bekerja dalam bidang seni sepertinya. Ini kerana Aina lebih mementingkan keseimbangan dan mahu elakkan wujudnya persaingan dalam kehidupan peribadinya.
“Sejujurnya saya tiada ciri-ciri yang spesifik (calon suami). Perkara penting yang saya paling tertarik adalah orang bukan kerja dalam industri seni. Sebab saya tak nak ada rasa bersaing itu, saya ada kawan-kawan yang mengalami masalah begitu.”
Pada masa yang sama, Aina turut menjelaskan bahawa dia mahukan rumah menjadi tempat yang tenang dan tidak terlalu berfokuskan kepada kerjaya seni apabila bersama pasangan.
“Saya lebih rela kalau kahwin dengan seseorang yang ketika pulang ke rumah tidak lagi bercakap tentang industri. Kami boleh borak tentang hal lain dan jalani kehidupan seperti biasa.”
@suriamalaysiaTake note📝📝 semua jejaka jejaka yang tiada kaitan dengan industri😝 Min doakan semoga Aina dapat jumpa ‘the one’ cepat cepat🥰 #PagiOnSuria #SuriaMuzikdanJiwa #suriamalaysia
♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia
Selain itu, Aina Abdul turut berkongsi bahawa lokasi video muzik terbarunya, ‘Berjauh-an’, dirakam di lokasi impian bersama bekas kekasihnya.

16 hours ago
7





![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)

![[VIDEO] Rozita Che Wan Larang Anak Bongsu Jadi Selebriti- “Mommy Nak Aaisyah Jadi Ustazah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-50.webp)






![[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-8-1.webp)
























![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)







![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)

