Pelakon Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan sebab dia memakai kardigan dalam filem Khadam, selepas ada netizen mempersoalkan elemen itu yang dilihat tidak kena dengan latar zaman cerita berkenaan.
Menurut Khadijah kepada BH Online, kardigan tersebut sebenarnya diwujudkan khas untuk memenuhi keperluan penggambaran dan pada masa sama menjaga penampilannya ketika menjayakan babak berkemban.
“Saya Harap Penonton Faham…”
Khadijah berharap penonton dapat memahami rasional di sebalik keputusan itu apabila menonton filem berkenaan nanti.
“Saya harap bila netizen tengok filem ini nanti, mereka faham kenapa ada kardigan itu. Memang zaman dulu tak ada kardigan, tetapi ia diwujudkan bagi memenuhi keperluan penggambaran.”
Dia juga mengakui dia memang seorang yang menjaga penampilan dan tidak selesa dengan pakaian yang terlalu mendedahkan.
“Saya juga seorang yang menjaga penampilan dan tak pernah berlebih-lebihan. Jadi apabila ditawarkan babak berkemban, memang saya akan letakkan syarat tertentu,” katanya.
VIA InstagramTegas Tapi Profesional Soal Kostum
Khadijah berkata, dia biasanya akan berbincang dengan pihak produksi jika ada kostum yang dirasakan terlalu ketat atau seksi.
Kalau ada kostum yang terlalu ketat atau seksi, saya akan minta supaya ditukar.
Rasanya orang yang pernah bekerja dengan saya pun sudah tahu mengenai perkara itu.
Walaupun begitu, dia tetap bersikap profesional dan terbuka untuk berbincang sekiranya sesuatu kostum itu benar-benar penting untuk jalan cerita atau watak yang dibawakan.
“Tetapi kalau ia benar-benar tuntutan kerja atau watak, saya akan cuba berbincang. Bagi saya semua perkara boleh dibincangkan dan dicari jalan tengah,” katanya lagi.
Apa yang MURAI boleh katakan, Khadijah memperlihatkan dia tetap komited dengan kerjaya lakonan, namun dalam masa sama mahu memastikan dirinya selesa dan menjaga batas yang dirasakan sesuai. Pendek kata, bagi Khadijah, soal kostum bukan sekadar ikut skrip semata-mata komunikasi dan persefahaman antara pelakon dan produksi juga penting supaya semua pihak dapat bekerja dengan baik.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

10 hours ago
9






![[VIDEO] Alor Setar ‘Tembus’ Siaran Radio Korea Selatan, Rakyat Malaysia Tumpang Bangga!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-4.webp)

































![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)
![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)



![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)



