Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa kagum melihat pasangan Fattah Amin dan Amira Othman ketika menghadiri majlis resepsi mereka pada Ahad.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, dia turut menitipkan doa dan pesanan buat Fattah dan Amira untuk melalui setiap suka dan duka perkahwinan dengan penuh radha dan sabar.
“Alaa sweetnya pasangan Amira Othman dan Fattah Amin. Teringat masa Mama dan Papa bersanding dulu.
Alhamdulillah Mama dengan Papa sempat menghadiri Majlis Resepsi Fattah Amin dan Amira Othman. Suka dengan setup dan konsep perkahwinan mereka.
Semoga bahtera rumah tangga yang dibina kekal buat selamanya. Suka dan duka perkahwinan akan sentiasa ada. Laluinya dengan penuh redha dan sabar. InsyaAllah akan nampak kemanisannya.”-tulis Datin Shahida di Instagram
“Sweet Je Pengantin Baru & Pengantin Lama..”

Perkongsian Datin Shahida dihujani komen para netizen yang rata-ratanya memujinya dan suami yang sentiasa merendah diri dan menyantuni jemputan orang lain, malah ramai yang berseloroh mengusik Aliff dan Shahida bahawa mereka tetap kelihatan berseri-seri biarpun ‘pengantin lama’.
“Kita ambik berkat aura pengantin baru ni. Mana tahu bertambah sweet kan.”-Datin Shahida
“Nampak betul karisma Datuk dan Datin. Sentiasa merendahkan diri dan menyantuni jemputan.”
“Sweet je pengantin baru dan pengantin lama Datuk dan Datin.”
“Pengantin lama berseri-seri. Alhamdulillah.”
Sekadar info, Fattah Amin dan Amira Othman mendirikan rumah tangga pada 14 September 2025.
Pasangan ini dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
Apa komen anda?

1 month ago
47











![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)


![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)
















![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)








![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)