Castrol Lancar eHailing Heroes, Bantu Pemandu Jimat Kos Servis Sempena VM2026

14 hours ago 9

Kalau sebut tentang pelancongan, ramai akan fikir hotel, tempat menarik atau makanan viral. Tapi hakikatnya, pemandu e-hailing juga antara individu paling awal menyambut pelancong sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia. Sebab itu, MURAI rasa usaha Castrol Malaysia memperkenalkan program eHailing Heroes memang kena pada masanya menjelang kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Program selama 12 bulan ini mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Persatuan Pengguna Pengangkutan Awam Malaysia (4PAM). Fasa pertama akan memberi manfaat kepada sehingga 3,000 pemandu e-hailing di Lembah Klang.

Servis Bersubsidi Hingga RM80 Dari Castrol

Castrol Lancar eHailing Heroes

Melalui program ini, pemandu yang berjaya melengkapkan 8,000 kilometer perjalanan yang disahkan akan menerima e-baucar bernilai RM80 untuk pakej servis Castrol MAGNATEC. Pakej tersebut merangkumi minyak enjin, penapis minyak dan kos upah di bengkel Castrol Auto Service yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Castrol Lancar eHailing HeroesYang Berusaha, Encik Mohd Akbal Setia, Senior Director of Advertising and Digital, Tourism Malaysia, and Head of Secretariat for Visit Malaysia Year 2026 bersama Gan Wee Kiong, Castrol Country Sales Director for Malaysia, Singapore

Bukan itu sahaja, peserta turut menerima sokongan penjenamaan kenderaan dan akses ke rangkaian bengkel Castrol bagi memudahkan penyelenggaraan kenderaan.

Pelaburan Untuk Pelancongan Negara

Castrol Lancar eHailing HeroesGan Wee Kiong, Castrol Country Sales Director for Malaysia, Singapore & Philippines

Menurut Tourism Malaysia, pengalaman pelancong bukan sahaja bergantung kepada destinasi, malah layanan mesra dan keselesaan sepanjang perjalanan turut memainkan peranan penting.

MURAI melihat inisiatif ini bukan sekadar kempen pemasaran minyak enjin. Sebaliknya, ia memberi sokongan praktikal kepada golongan yang bergantung kepada kenderaan sebagai sumber rezeki. Tambahan pula, Castrol turut menawarkan diskaun 10% untuk rangkaian minyak enjin kereta penumpang bermula Ogos nanti.

Castrol

Pemandu e-hailing yang berminat boleh mendaftar sekarang untuk menikmati manfaat program ini sebelum kuota dipenuhi.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |