Bukan Sekadar Transit, Airport Domestik Kini Jadi Port Shopping & Menang

17 hours ago 6

Kalau dulu lapangan terbang sekadar tempat tunggu penerbangan, sekarang lain ceritanya. Nampaknya semakin ramai pengunjung sanggup meluangkan masa membeli-belah atau menjamu selera sebelum berlepas, sehingga kempen ‘MASB Belanja & Menang’ berjaya merekodkan hampir 1.9 juta transaksi sepanjang berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Disember 2025.

Kempen pertama yang dianjurkan Malaysia Airports itu melibatkan 14 lapangan terbang domestik, termasuk Ipoh, Kuantan, Kota Bharu, Tawau, Miri, Sandakan, Sibu dan beberapa lagi. Ia diwujudkan bagi menggalakkan orang ramai berbelanja di premis-premis yang mengambil bahagian, sekali gus membantu merancakkan ekonomi setempat.

Shopping Dapat Hadiah, Siapa Tak Nak?

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin

Menurut Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin, kejayaan kempen ini membuktikan lapangan terbang domestik bukan sekadar hab pengangkutan, malah mampu menjadi pemacu kepada aktiviti ekonomi serta memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk berkembang.

Apa yang lebih menarik, hampir 9,700 penyertaan diterima sepanjang kempen. Rezeki nyata berpihak kepada Yanti Binti Samadi dari Sarawak yang membawa pulang sebuah Perodua Axia SE sebagai hadiah utama.

Tempat kedua pula dimenangi Teh Swee Peng dari Brunei yang memenangi motosikal CMC Daytona 350, manakala Azsharye Bin Johari turut tersenyum lebar apabila memenangi pakej percutian ke Langkawi.

Airport kini bukan lagi sekadar tunggu boarding

Bagi MURAI, sambutan ini membuktikan pengalaman di airport kini bukan lagi sekadar tunggu boarding. Kalau boleh shopping sambil berpeluang menang hadiah besar, memang worth it. Disebabkan sambutan yang begitu padu, Malaysia Airports mengesahkan kempen ini akan diteruskan tahun ini dengan hadiah yang lebih menarik. Siapa tahu, giliran anda pula selepas ini?

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

4

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |