Semakin popular selepas membintangi ‘Game of Throne’, aktres Emilia Clarke akui telah melalui satu fasa gelap dalam kehidupannya. Menurut Emilia, dia yakin bahawa dia tidak akan hidup lama selepas mengalami dua pendarahan otak pada usia yang sangat muda.
Aktres yang berusia 39 tahun itu mengimbau kembali bagaimana keadaan kesihatannya telah mempengaruhi kesihatan mental dan keyakinan diri selama ini.
Aktres itu kemudiannya mendedahkan insiden pendarahan otak pertamanya yang berlaku pada usia 22 tahun. Ketika itu, kerjayanya sedang meningkat naik dengan wataknya sebagai “Daenerys Targaryen”. Dua tahun kemudian, dia mengalami pendarahan otak kedua, yang memerlukan pembedahan lanjut.
“Saya berumur 22 tahun ketika mengalami pendarahan otak pertama, dan 24 tahun ketika mengalami pendarahan otak kedua. Pada usia 22 tahun, saya juga menjalani penggambaran musim pertama ‘Game of Thrones’. Dan pada usia 24 tahun, saya membuat penampilan sulung di Broadway.”
Walaupun mengalami trauma yang teruk, Emilia akui dia terlalu sibuk bekerja untuk benar-benar memproses apa yang berlaku pada badan dan mindanya.
Pada masa yang sama, Emilia juga akui telah mengabaikan pelbagai gejala yang dialaminya termasuklah ketidakseimbangan hormon, keresahan dan sakit badan selepas penggambaran panjang.
Untuk makluman semua, pada tahun 2019, Emilia dan ibunya, Jenny Clarke telah mengasaskan badan amal SameYou. Badan amal ini menumpukan pada menyokong pemulihan mental mangsa yang terselamat daripada kecederaan otak dan penderahan serebrum.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

13 hours ago
9





![[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-56.webp)































![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)





![[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/EBJP-28-scaled-e1771232793460.webp)


![[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-14.webp)

![[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-16.webp)
