Bila sebut tentang percutian dekat-dekat, Thailand memang antara destinasi yang sentiasa masuk dalam wishlist ramai rakyat Malaysia. Dari makanan jalanan yang buatkan ramai ‘craving‘, pantai cantik, budaya unik hingga bandar yang tak pernah sunyi, negara jiran ini memang ada tarikan tersendiri.
Terbaharu, AirAsia membuka peluang untuk kaki travel meneroka Thailand dengan lebih mudah menerusi jualan eksklusif selama tiga hari hasil kerjasama strategik bersama Tourism Authority of Thailand (TAT) bagi memperkukuhkan hubungan pelancongan antara kedua-dua negara.
Menurut MURAI, ini memang masa yang sesuai untuk mula susun rancangan bercuti. Dengan tambang termasuk semua sehala bermula RM185, peluang untuk ‘escape’ sekejap dari kesibukan harian nampak lebih menarik.
Bajet Bawah RM200 Dah Boleh Terbang Ke ThailandDari Bangkok Hingga Phuket, Banyak Pilihan Menanti di Thailand
Tawaran ini melibatkan beberapa laluan popular seperti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Phuket, Bangkok (Don Mueang), Krabi, Chiang Mai dan Hat Yai.
Bukan itu sahaja, pelancong dari Pulau Pinang juga boleh terbang terus ke Phuket dan Bangkok, manakala warga Johor Bahru boleh menikmati laluan terus ke Bangkok (Don Mueang).
Tempahan boleh dibuat mulai sekarang sehingga 24 Julai 2026, manakala tempoh perjalanan adalah dari 1 Ogos 2026 hingga 30 Jun 2027.
Lebih Fleksibel Untuk Travel Santai di Thailand
Selain tambang menarik, AirAsia turut menawarkan beberapa kemudahan tambahan termasuk satu kali pengecualian yuran perubahan penerbangan serta penjimatan 20% untuk bagasi daftar masuk 20kg apabila ditambah ketika pembelian tiket.
Bagi MURAI, tawaran macam ini memang sesuai untuk mereka yang suka travel spontan tetapi masih mahu berjimat. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air bukan sahaja dapat bercuti, malah boleh nikmati pengalaman baharu tanpa perlu berbelanja besar.
Jadi, kalau Thailand sudah lama ada dalam senarai impian anda, mungkin ini masa untuk mula ‘pack bag’ dan rancang perjalanan.
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

1 month ago
104





![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

