Asyraf Khalid Kongsi Sikap Bapa Aedy Ashraf-“Dia Selalu Sebut Nama Anaknya..”

2 hours ago 2

Usahawan dan anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid membuat perkongsian mengenai bapa kepada pelakon Aedy Asyraf selepas menonton podcast Aedy di media sosial, baru-baru ini.

Dijaga Bapa Aedy Sejak Kecil

Asyraf menerusi hantaran di Thread, menceritakan bahawa bapa Aedy pernah menjaga dia dan abangnya, Adib ketika mereka masih kecil.

“Semalam saya tengok Aedy Ashraf bercerita dalam podcast tentang bapanya. Dan saya rasa something yang tak ramai orang akan faham, sebab saya kenal bapanya.

Bapa Aedy pernah jaga saya dan abang saya Adib masa kami kecil. Ayah percayakan dia dengan anak-anaknya. Dan dia jaga kami dengan sepenuh hati.

Dalam podcast tu Aedy cerita tentang bapanya, seorang lelaki yang pernah tersasar jauh dalam hidup, yang pernah dipenjarakan, yang masyarakat dah ‘write off’.”-kongsi Asyraf Khalid di Thread

“Lelaki Dari Generasi Itu Kadang-Kadang Tak Tahu Nak Cakap Terus Kepada Anaknya..”

Tambahnya lagi, dia meluahkan rasa terharu dengan keperibadian bapa Aedy yang sentiasa rasa bangga dengan anak lelakinya.

Tapi bila dia keluar, dia tak lari dari tanggungjawab. Dia rebuild dirinya dengan senyap. Dia khidmat orang lain dengan penuh amanah. Dan sepanjang tu, dia selalu sebut nama anaknya kepada sesiapa yang dia jumpa. Dia bangga.

Itulah cara dia. Lelaki dari generasi tu kadang-kadang tak tahu nak cakap terus pada anaknya yang dia sayang. Tapi dia akan cakap pada orang lain. Itu cara dia cakap “I love you.”-tulis Asyraf lagi

Dalam pada itu Asyraf turut berbangga dengan kejayaan Aedy yang kini bukan sekadar seorang pelakon, malah menjadi produser filem berjudul ‘Tarung: Unforgiven’ yang kini menjadi ‘box-office di Malaysia.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |