Nampaknya perbalahan antara anak-anak Jolie-Pitt dengan bapa mereka, pelakon Brad Pitt tidak menemui jalan penyelesaian. Untuk makluman, sebelum ini beberapa orang anak Brad memutuskan hubungan dengan Brad.
Dan kali ini pula, tiga anak Brad iaitu Shiloh, Zahara dan Maddox hampir secara rasminya menggugurkan nama keluarga “Pitt” daripada nama mereka.
Memetik beberapa kenyataan daripada media antarabangsa, dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Zahara telah menerbitkan petisyen di ruangan iklan akhbar untuk mengeluarkan nama “Pitt”.
Dokumen tersebut menyatakan bahawa notis Zahara telah muncul dalam akhbar selama empat minggu berturut-turut. Iklan akhbar itu juga menggesa sesiapa yang mempunyai bantahan untuk mengemukakan bantahan bertulis sebelum perbicaraan terakhir. Jika tiada yang membantah, hakim akan meluluskan permintaan tersebut.
Manakala bagi Maddox, dokumen mahkamah menunjukkan petisyannya diterbitkan dalam penerbitan yang sama dengan petisyen Zahara selama empat minggu berturut-turut.
Untuk rekod, Zahara tidak lagi menggunakan nama “Pitt” ketika menerima sijil diplomanya dari Kolej Spelman. Dia menggunakan nama “Zahara Marley Jolie”. Maddox pula menukar namanya daripada Maddox Chivan Jolie-Pitt kepada Maddox Chivan Jolie atas sebab peribadi.
Mengenai pengguguran nama “Pitt” daripada nama Zahara dan Maddox, Angelina Jolie dilaporkan tidak menyokong keputusan anak-anaknya untuk berbuat demikian.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

2 months ago
112




![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)


























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

