“Allah Never Sleeps”- Sarimah Ibrahim Tuntut Keadilan Isu Fitnah

11 hours ago 7

Pelakon dan pengacara versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebarkan fitnah, tuduhan palsu serta gangguan terhadap dirinya di media sosial.

Perkara itu dimaklumkan menerusi platform Threads Sarimah bersama kenyataan rasmi daripada peguamnya yang mewakili beliau, iaitu firma guaman Arif Azmi & Co.

VIA Arif Azmi & Co

Menurut kenyataan tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan sebelum ini untuk menyelesaikan isu berkenaan secara tertutup dan berhemah, namun dakwaan berunsur fitnah itu masih berterusan sehingga menjejaskan reputasi serta kesejahteraan peribadi anak guam mereka.

Sehubungan itu, Sarimah memberi arahan untuk tindakan undang-undang diambil bagi melindungi kredibiliti, maruah serta kepentingan profesionalnya daripada terus terjejas.

Pihak peguam turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah dikumpulkan dan akan terus dipantau, termasuk sebarang penerbitan atau perkongsian semula kandungan yang berunsur fitnah di media sosial.

Dalam pada itu, Sarimah turut berkongsi reaksi ringkas di media sosial dengan berkata, “Alhamdulillah. Thank uu! Am actually really happy and grateful. Allah never sleeps kan,” yang menggambarkan rasa syukur dan ketenangannya dalam berdepan isu berkenaan.

Dalam masa sama, rata-rata netizen tampil menyokong tindakan tegas Sarimah, dengan menyatakan bahawa langkah tersebut wajar diambil demi menjaga maruah serta kesihatan mental beliau daripada terus menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

3

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |