Bukan rahsia lagi rakyat Malaysia memang suka “short getaway” ke Singapura. Sama ada nak layan konsert, cari makan atau sekadar bercuti hujung minggu, republik itu kekal menjadi antara destinasi kegemaran. Kini, usaha itu bakal diperkukuhkan lagi menerusi kerjasama baharu antara Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Traveloka.
Malaysia Kekal Penyumbang Pelancong Utama
MURAI difahamkan, kedua-dua pihak baru sahaja memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempromosikan Singapura kepada pelancong dari lima pasaran utama iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Australia.
Apa yang menarik, kira-kira 1.3 juta rakyat Malaysia dilaporkan mengunjungi Singapura sepanjang 2025. Malah, tempahan ke negara itu menerusi Traveloka hampir meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Nampaknya trend “weekend escape” ke Singapura memang masih onz!
Bukan Sekadar Promosi, Tapi Pengalaman Lebih Menarik
Kerjasama ini bukan sekadar mempromosikan tiket penerbangan atau hotel semata-mata. Sebaliknya, STB dan Traveloka akan menghasilkan kandungan inspirasi destinasi, memperkenalkan pelbagai acara menarik mengikut kalendar aktiviti Singapura serta menjalankan kempen penjenamaan bersama menerusi platform Traveloka.
Lebih menarik, mereka juga akan memanfaatkan analisis data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu pelancong menemui pengalaman yang lebih relevan mengikut minat masing-masing.
Bagi MURAI, pendekatan ini menunjukkan cara promosi pelancongan kini semakin moden dan lebih dekat dengan gaya pengguna digital. Orang ramai bukan lagi sekadar mencari destinasi, tetapi mahukan pengalaman yang benar-benar sesuai dengan gaya hidup mereka.
Selaras dengan kempen “We Don’t Wait For Fun”, fokus turut diberikan kepada golongan muda yang baru memulakan kerjaya serta keluarga dengan anak kecil, menggalakkan mereka menikmati percutian tanpa perlu menunggu waktu yang “sempurna”. Kalau peluang dah ada, apa lagi nak tunggu? Singapura nampaknya sudah bersedia menyambut lebih ramai pelancong dari Malaysia.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

17 hours ago
5








![[REVIEW] Jangan Buang Ibu: Kalau Tak Kuat Emosi Jangan Tengok Sebab…](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/MURAI-Feature-Image-2026-25.webp)









































