Pelakon Nur Dayana Kamsun Baharin atau Dayana Roza mencetuskan perbualan hangat di media sosial selepas satu luahan panjangnya di Threads undang perhatian ramai peminat. Dalam perkongsian tersebut, Dayana secara terbuka menyentuh isu kecurangan dalam rumah tangga yang menurutnya semakin kerap berlaku, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Dalam luahannya, Dayana meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah pasangan yang didakwa tidak setia dalam perkahwinan. Dia turut menegaskan bahawa jika seseorang tidak mampu setia, maka lebih baik tidak mendirikan rumah tangga.
“Serious question? Kenapa makin ramai lelaki Melayu kita yang curang eh? Kalau tak puas jangan kahwin. Bila wife minta cerai mula la play victim burukkan wife itu ini. Yang betina pun sama bangang tak reti hormat perasaan perempuan lain,” antara luahan tegas yang dikongsikan Dayana.
Walaupun begitu, Dayana turut menyelitkan nasihat buat wanita agar tidak terus bertahan dalam hubungan yang toksik, terutama jika sudah diberi banyak peluang tetapi masih tidak berubah. Menurutnya, wanita perlu mengutamakan diri sendiri dan anak-anak tanpa terlalu mempedulikan pandangan orang luar.
“You deserve better. Remember that. I cakap berdasarkan pengalaman. Sekian,” tulisnya lagi menutup luahan tersebut.
Perkongsian itu kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna Threads. Ada yang bersetuju dengan pandangan Dayana, namun ada juga yang berpendapat kenyataan tersebut terlalu umum dan tidak adil kepada semua pihak.
Antara komen yang mencuri perhatian berbunyi:
“panas ni. tapi jujur la, bukan ‘lelaki Melayu makin curang’, yang viral tu je nampak banyak. curang ni masalah perangai, bukan bangsa semata . betul tinggal kalau dah toxic, tapi jangan pukul rata semua… nanti yang baik pun kena tempias. jaga diri & anak tu paling penting.”
Isu ini terus menjadi bualan hangat di ruangan komen, dengan ramai yang berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing tentang kesetiaan dalam hubungan. Ada yang menyokong tindakan wanita untuk keluar daripada hubungan toksik, namun ada juga yang meminta agar tidak menyamaratakan semua lelaki dalam isu tersebut.
Apa pun, luahan Dayana ini jelas membuka ruang perbincangan lebih luas tentang isu kepercayaan, kesetiaan dan kesihatan emosi dalam rumah tangga masa kini.

4 hours ago
6









![[VIDEO] Nur Nilam ‘Sound’ Netizen Isu Panggil Bekas Suami Azlan Komeng ‘Sayang’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Feature-Image-2000-Px-PHIC-70.webp)


![[VIDEO] Janna Nick Hampir Di-‘Scam’, Suami Menyamar & Dakwa Azar Azmi Hidapi Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-6.webp)



![[VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Feature-Image-2000-Px-PHIC-65.webp)


![[VIDEO] DSV Luah Rasa Terkejut Apabila Bertemu Kembali Dengan Iqbal Zulkefli-“Masa Ni Saya Terkedu…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/a6658e2c-2804-4664-bc4e-45617a6da635.webp)


















![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)
![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)












![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)