Chef Wan ‘Take Over’ Star Voyager, Tetamu Sanggup Beratur Panjang

12 hours ago 9

Pelayaran bertemakan makanan bersama chef selebriti terkenal, Chef Wan baru-baru ini nyata mencuri perhatian ramai apabila mendapat sambutan hangat sepanjang musim cuti sekolah.

Pelayaran eksklusif selama tiga malam itu berlangsung di atas kapal persiaran Star Voyager dari 22 hingga 25 Mei 2026, membawa tetamu dari Pelabuhan Klang ke Phuket dan Pulau Pinang. Ia merupakan hasil kerjasama antara StarCruises dan restoran terkenal, De.Wan 1958.

Pengalaman kulinari istimewa bersama Chef Wan

Apa yang menarik, para tetamu bukan sahaja menikmati percutian di laut, malah berpeluang merasai pengalaman kulinari istimewa bersama Chef Wan sendiri. Antara aktiviti yang diadakan termasuk demonstrasi masakan secara langsung, sesi santai bersama chef popular itu serta hidangan khas hasil air tangan beliau.

Malam terakhir pelayaran menjadi antara momen paling meriah apabila ramai tetamu sanggup beratur panjang di restoran The Lido untuk menikmati sajian istimewa Chef Wan selepas sesi memasaknya berlangsung. Restoran tersebut turut menyediakan seksyen Halal yang diperakui bagi memberi keselesaan kepada tetamu Muslim.

Chef Wan juga sempat meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama para tetamu, sekali gus membuatkan suasana di atas kapal lebih happening dan penuh kenangan buat keluarga yang bercuti.

Menurut Presiden StarDream Cruises, Michael Goh, pihak mereka gembira melihat sambutan luar biasa terhadap pelayaran khas itu, apatah lagi Chef Wan kembali menyertai pelayaran musim cuti sekolah dari Pelabuhan Klang.

Katanya, pengalaman makanan kini menjadi antara elemen penting dalam dunia pelancongan kerana ia bukan sahaja menghubungkan orang ramai melalui hidangan, tetapi juga budaya dan pengalaman bersama.

Selepas kejayaan pelayaran ini, Star Voyager dijadualkan meneruskan siri pelayaran dari Singapore Cruise Centre bermula 31 Mei hingga 26 Jun 2026 dengan beberapa pilihan destinasi menarik. Antaranya termasuk pelayaran ke Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Pinang serta Vietnam meliputi Nha Trang dan Ho Chi Minh City.

Pelayaran tersebut akan terus menampilkan gabungan makanan, hiburan dan aktiviti mesra keluarga bagi memberikan pengalaman bercuti yang lebih menyeronokkan kepada para tetamu dari seluruh rantau ini.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan menerusi laman rasmi StarDream Cruises atau ejen pelancongan terpilih.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |