Terlalu Sayangkan Anjing Peliharaan, Shah Rukh Khan Gali Kubur Pukul 2.30 Pagi

9 hours ago 11

King of Bollywood, Shah Rukh Khan bukan sahaja dikenali kerana pencapaiannya dalam industri perfileman, tetapi juga kerana kecintaannya terhadap haiwan seperti anjing.

Untuk makluman semua, Shah Rukh dilaporkan telah memelihara beberapa ekor anjing di rumah, yang diberi nama Hulk, Kai, Dash dan Juicy.

Anjing-anjing peliharaannya menjadi sumber keselesaan dan teman setia kepada pelakon itu, terutamanya apabila tertekan dengan kerja.

Tular di media sosial baru-baru ini, bapa saudara Gauri Khan berkongsi sebuah kisah yang sangat menyentuh hati mengenai seekor anjing. Menurutnya, dia telah menghadiahkan seekor anjing baka Chinese Pekingese kepada Gauri. Hadiah tersebut sangat menggembirakan Shah Rukh.

Kongsinya lagi, dia teringat sebuah peristiwa di mana Shah Rukh berada di luar bandar untuk penggambaran filem dan anjingnya itu telah mati.

Kakitangan rumah pelakon itu kemudiannya membalut anjing dengan kain dan bawa ke pantai untuk mengebumikannya. Mengetahui hal tersebut, pelakon itu pulang ke rumah dan segera bertanya tentang anjing kesayangannya.

Apabila diberitahu tentang pengebumian tersebut, suami Gauri tidak dapat menerima kenyataan. Shah Rukh meminta kakitangan rumahnya menunjukkan kepadanya di mana anjing itu dikebumikan.

“Pada pukul 2.30 pagi, dia mengejutkan semua kakitangan dan meminta mereka menunjukkan kepadanya di mana anjing itu dikebumikan. Katanya, “Macam mana awak boleh buang anjing saya macam tu saja? Sepatutnya dia ada bersama kita, sama ada hidup atau mati”.”

Untuk makluman, Gauri Khan pernah berkongsi sebuah gambar yang memaparkan dirinya, Shah Rukh Khan dan seekor anjing yang dipercayai kesayangan pelakon itu.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |