Kalau dulu isu BUDI95 banyak tertumpu pada perbincangan tentang subsidi dan kuota, kali ini lain pula ceritanya, ramai mula sedar ada satu perkara yang lebih “senyap” tapi boleh jadi membimbangkan: penggunaan subsidi yang tak disedari atau lebih tepat, kemungkinan disalahguna melalui IC (kad pengenalan)) sendiri.
Baru-baru ini tular satu perkongsian di Threads yang mencetuskan perhatian ramai. Seorang pengguna berkongsi pengalaman ketika mahu mengisi minyak menggunakan IC untuk menikmati subsidi BUDI95. Namun apa yang mengejutkan, baki yang tertera tidak seperti yang dijangka.
Katanya, ketika membuat semakan di pam minyak, baki menunjukkan hanya tinggal sekitar 2 liter sahaja, sedangkan dia yakin belum menggunakan sebanyak itu pada pertengahan bulan. Lebih pelik, semakan di aplikasi juga menunjukkan jumlah yang sama.
“Waktu tu memang pelik sebab rasa macam tak guna banyak pun lagi. Jadi saya terus batalkan transaksi dan tak isi minyak. Nasib baik sempat screenshot,” tulisnya.
Rasa ‘Tak Kena’ Yang Rupanya Boleh Jadi Isyarat Penting
Walaupun kes tersebut akhirnya diselesaikan, ia membuka mata ramai tentang satu perkara penting, bila guna sistem subsidi berasaskan IC atau digital, pengguna kena lebih peka dengan rekod penggunaan.
Lebih selamat, pengguna tersebut kemudian berkongsi cadangan supaya beralih kepada aplikasi seperti Setel atau Touch ‘n Go eWallet kerana lebih mudah dipantau dan kurang risiko “tersilap transaksi” di pam.
Menurutnya, penggunaan aplikasi juga boleh mengurangkan kebergantungan kepada proses tap kad atau IC di pam yang kadang-kadang boleh mengelirukan jika berlaku ralat sistem atau kesilapan teknikal.
Warganet Bagi POV: “Kadang Boleh Jadi Silap Sistem”
Menariknya, ruangan komen turut dipenuhi dengan pelbagai pandangan. Ada yang menjelaskan kemungkinan situasi itu berlaku kerana transaksi terdahulu tidak dibatalkan dengan betul, atau sistem pam yang ‘lock’ penggunaan pelanggan sebelumnya.
Ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama, di mana pelanggan pertama membuat transaksi tetapi tidak sempat lengkapkan proses, lalu pelanggan seterusnya menerima paparan atau rekod yang bercampur.
“Kadang customer first buat tapi tak cancel betul-betul, customer lain datang terus system confuse,” antara komen netizen.
Apa Yang Pengguna Kena Buat Lepas Ini?
Walaupun kes ini sudah selesai, pengajarannya jelas, sistem subsidi digital bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Pengguna digalakkan untuk:
- Sentiasa semak baki subsidi selepas transaksi
- Ambil screenshot sebagai bukti jika ada keraguan
- Segera buat aduan jika jumlah tidak sepadan
- Pertimbangkan penggunaan aplikasi digital untuk lebih kawalan dan ketelusan
Isu ini mungkin nampak kecil, tapi kalau dibiarkan tanpa semakan, ia boleh menimbulkan kerugian tanpa sedar. Dalam era semua makin digital, kesedaran pengguna jadi benteng utama supaya subsidi yang sepatutnya sampai ke tangan kita, betul-betul sampai tanpa “hilang di tengah jalan”.

18 hours ago
9







![[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-8-1.webp)

































![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)

![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)







