Tular di Threads mengenai tindakan seorang individu yang mengebumikan kucing peliharaannya yang mati ke dalam sebuah pasu besar di tepi rumah sebagai tanda kenangan dan simbol memori bersama haiwan kesayangan itu.
Apa yang menarik perhatian ramai, pasu tersebut turut ditanam dengan pokok yang kelihatan segar, subur dan sihat meskipun di dalamnya terdapat bangkai kucing yang sedang mereput.
Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Ada yang menganggap ia satu cara unik untuk menghargai haiwan peliharaan, namun tidak kurang juga yang melihatnya sebagai sesuatu yang pelik, berisiko dan kurang sesuai.
Menurut seorang pengguna Threads, tindakan menanam bangkai haiwan di dalam pasu sebenarnya boleh mendatangkan masalah jika tidak dilakukan dengan betul.
“Saya kena beri amaran sebab saya pernah buat benda lebih kurang sama. Bangkai haiwan perlu diletakkan jauh dari rumah kerana proses pereputan berlaku perlahan apabila tidak cukup tanah atau cacing untuk membantu menguraikan badan tersebut. Akibatnya, bangkai boleh mereput dengan lebih lama.”
Namun begitu, ada juga netizen yang tampil berkongsi pengalaman berbeza dan mendakwa kubur haiwan tidak semestinya mengeluarkan bau busuk.
“Mesti ramai nampak pelik kan? Tapi sebenarnya bila tanam kucing mati, tak kisah dalam tanah atau pasu macam ni sekalipun, memang takkan bau bangkai. Saya pernah tanam dekat tepi rumah, lima ekor kucing mati akibat diracun orang. Selang beberapa bulan, kawasan kubur tu setiap kali lalu memang wangi sangat. Tanaman yang kami tanam pun berbuah lebat.”
Dalam masa sama, ada individu yang berpendapat tindakan tersebut kurang sesuai kerana dianggap boleh mendatangkan risiko toksik selain tidak menghormati haiwan itu dengan cara sepatutnya.
“Saya tak boleh terima idea letak bangkai kucing dalam pasu untuk tanam pokok. Walau sebanyak mana pun kita sayang haiwan itu, cara tersebut sangat toksik dan berbahaya. Maaf kalau bunyi kasar, tapi itu bukan tanda kasih sayang, sebaliknya lebih kepada keinginan untuk memiliki. Berilah kucing itu pengebumian yang lebih sempurna.”
Dari sudut umum, bangkai haiwan sememangnya boleh diurai secara semula jadi jika ditanam dengan kaedah yang betul serta kedalaman sesuai. Namun jika terlalu dekat dengan rumah, tidak cukup tanah atau menggunakan bekas tertutup seperti pasu, ia berpotensi menyebabkan masalah kebersihan, bakteria dan bau sekiranya proses pereputan terganggu.
Malah ada juga yang mempersoalkan soal hukum dan adab terhadap bangkai haiwan. Secara asasnya, Islam membenarkan haiwan ditanam bagi mengelakkan bau, pencemaran dan menjaga kebersihan kawasan. Namun isu menjadikan kubur haiwan sebagai ‘hiasan’ atau terlalu berlebihan dalam memperingati haiwan peliharaan mungkin boleh menimbulkan perbezaan pandangan dalam kalangan masyarakat.
Apa pun, bagi pencinta haiwan, kehilangan kucing peliharaan memang sesuatu yang menyedihkan. Cuma mungkin cara menguruskan bangkai haiwan itu perlulah dilakukan dengan lebih selamat, bersih dan sesuai supaya tidak mendatangkan mudarat kepada penghuni rumah atau persekitaran.

3 hours ago
2




![[VIDEO] Zara Zya Dedah ‘Dark Side’ Industri Hiburan- “Dia Producer, Suruh Saya Buka Baju”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-8-1.webp)





































![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)

![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)







