Kalau sebelum ini anda fikir aplikasi AirAsia MOVE hanya sesuai untuk menempah penerbangan AirAsia, mungkin sudah tiba masanya untuk melihatnya dari sudut berbeza. Terbaharu, platform tempahan perjalanan itu mengumumkan kerjasama dengan empat syarikat penerbangan baharu, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada mereka yang gemar mengembara.
MURAI difahamkan, syarikat penerbangan yang menyertai platform tersebut ialah Oman Air, Uzbekistan Airways, FitsAir dan Hainan Airlines. Penambahan ini membuka peluang kepada pengguna untuk merancang perjalanan ke destinasi yang semakin menjadi pilihan pelancong seperti Oman, Asia Tengah, Sri Lanka dan pelbagai bandar utama di China.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, Nadia Omer, trend pelancongan kini berubah apabila ramai mahukan lebih banyak pilihan penerbangan dalam satu aplikasi yang mudah digunakan. Sebab itu, MOVE terus memperluaskan rangkaian syarikat penerbangannya bagi memenuhi permintaan pengguna di rantau ini.
Apa yang menarik perhatian MURAI, setiap syarikat penerbangan menawarkan kelebihan tersendiri. Oman Air sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman penerbangan premium ke Timur Tengah, manakala Uzbekistan Airways pula membuka laluan ke Tashkent yang semakin popular dalam kalangan pencinta destinasi Laluan Sutera.
Bagi yang merancang percutian dengan bajet lebih mesra poket, FitsAir menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Colombo dengan sambungan ke beberapa destinasi lain termasuk Dubai, Lahore, Dhaka dan Chennai. Sementara itu, Hainan Airlines memudahkan perjalanan ke pelbagai bandar utama di China sebelum menyambung penerbangan ke Asia, Eropah dan Amerika Utara.
Dengan kerjasama terbaharu ini, AirAsia MOVE kini mempunyai 79 rakan syarikat penerbangan secara langsung, selain menawarkan akses kepada kira-kira 700 syarikat penerbangan lain. Jadi, kalau sedang merancang percutian seterusnya, nampaknya semakin banyak destinasi boleh diterokai hanya melalui satu aplikasi.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

2 days ago
12


![[VIDEO] Netizen Berdekah Lihat Kejutan Elly Mazlein Buat Suami- “Tak Sedap Hati Masa Gelak Tutup Mulut”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/10.webp)




![[REVIEW] Sebelum Kata Mahal, Ini Sebab Shokz OpenFit Pro Berani Dijual Pada Harga RM1,199](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/20260630_173028-scaled.webp)








![[VIDEO] Keadaan Kesihatan Terkini Salman Khan Buat Peminat Bimbang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-9-1.webp)



















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)


![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)






![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)



![[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-31.webp)