Bintang Selangor FC, Faisal Halim memilih untuk tidak melayan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan hantaran media sosial tular bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha.
Pemain berusia 28 tahun itu berkata, beliau tidak pasti kepada siapa kenyataan yang dimuat naik Zaquan ditujukan dan hanya akan memberi respons sekiranya namanya disebut secara langsung.
Menurut Faisal, sebarang salah faham atau isu antara individu sepatutnya diselesaikan secara peribadi tanpa perlu dibawa ke media sosial.
“Saya pun tidak tahu dia kata dekat siapa. Kalau dia ada masalah dengan saya, kita boleh berhubung secara baik,” katanya kepada BH Online
Dalam perkembangan sama, Faisal berkata beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan bola sepak akar umbi menerusi Kelab DNA Faisal Halim yang berpangkalan di Pulau Pinang.
Katanya, beliau telah menghabiskan lebih seminggu berada di kampung halamannya bagi menjayakan kejohanan tersebut dan belum sempat bercuti bersama keluarga.
Sebelum ini, beberapa hantaran di Instagram Story milik Zaquan mencetuskan perhatian peminat bola sepak tempatan apabila dipercayai menyentuh soal sikap, profesionalisme, populariti dan bayaran pemain, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi di media sosial.
Bagaimanapun, setakat ini Zaquan masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut berhubung hantaran berkenaan.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 months ago
156

![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)














![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)


















![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)




![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)
