Hantaran seorang wanita di platform Threads menjadi perhatian ramai, apabila meluahkan rasa kecewanya tidak menerima ucapan hari jadi daripada ibu bapanya. Hantaran tersebut bukan sahaja mendapat perhatian ramai, malah turut mendapat reaksi daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Wanita yang dikenali dengan Izzy itu meluahkan rasa kecewanya apabila ibu bapa tidak menghubunginya semasa hari jadinya. Menurutnya, dia sering mengingati hari jadi orang lain, namun situasi berbeza berlaku apabila tiba hari jadinya.
Foto – @izzyisml_ (Threads)Luahan Izzy itu secara tidak langsung membuatkan ramai pengguna Threads memahami perasaan kecewanya apabila hari jadinya tidak diingati oleh orang penting dalam hidup.
Namun apa yang membuatkan ramai lebih sebak adalah komen yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di ruangan komen. Bagi Biduanita Negara yang turut mesra disapa sebagai TokTi, dia mengajak Izzy melihat situasi itu daripada sudut positif.
Menurutnya, anak-anak kebiasaannya akan mengharapkan ucapan daripada ibu bapa semasa hari jadi. Tetapi hakikatnya anak-anak yang seharusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka.
“Akak nak share 1, selalunya kita memang harap orang beri ucapan birthday pada kita terutama sekali ayah ibu, tapi boleh tak kita tukar persepsi tu. Bila hari lahir, kita yang sepatutnya call Ayah & Ibu ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan & besarkan kita dengan baik. Sebab tanpa mereka, kita tak berada di dunia ni. Kita yang patut hadiahkan mereka. Semoga apa yang akak kongsi ni tak menyinggung perasaan ye. Selamat hari lahir dik.”
Komen TokTi itu secara tidak langsung telah menuai pelbagai reaksi daripada pengguna Threads apabila ada segelintirnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Biduanita Negara itu. Bagaimana pula dengan kamu?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

12 hours ago
3















![[VIDEO] Netizen Berdekah Lihat Kejutan Elly Mazlein Buat Suami- “Tak Sedap Hati Masa Gelak Tutup Mulut”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/10.webp)
















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)



![[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-.webp)


![[VIDEO] Netizen Bengang Lelaki Onani Depan Jemaah Wanita- “Lepas Tu Salahkan Pakaian Perempuan”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-1-4.webp)





![[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/picture-10.webp)
![[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-47.webp)


