[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

18 hours ago 8

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun ketika sama-sama menunaikan ibadah Umrah bersama, baru-baru ini.

“Ibu Kata Dia Masih Okay, Boleh Lagi Berjalan Untuk Saie..”- Sheikh Muszaphar

Kongsi Sheikh Muszaphar di Instagram, dia pada mulanya mahu mencari kerusi roda untuk digunakan oleh ibunya ketika saie di antara Bukit Safa dan Marwah, namun ibunya menjelaskan bahawa dia masih boleh berjalan malah turut berlari anak setelah selesai tawaf Kaabah.

“Selesai Tawaf Kaabah, Ku beritahu Ibu, Jom cari kerusi roda, Biar Mus tolak masa saie.

Ibu kata dia masih okay, boleh lagi berjalan untuk saie, Nak ikut Siti Hajar RA katanya. Kat green zone. Siap lari anak lagi. MasyaAllah.”-kongsi Sheikh Muszaphar di Instagram

Bersyukur Lihat Ibu Masih Bersemangat Lakukan Ibadah

Tambah Sheikh Muszaphar, dia meluahkan rasa kagum dan bersyukur melihat keadaan ibunya yang bersemangat untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah meskipun usianya sudah memasuki angka 80-an.

“Kentalnya ibuku, semangat kuat. Walau usia sudah 81, masih menebal.

Ya Rabb, berikan kekuatan buat Ibu, panjangkan umurnya, ampunilah segala dosanya. Berikan perlindungan atas usaha membesarkanku.

Limpahkan keberkahan dan keampunan di setiap langkah Aamin.”-titip Sheikh Muszaphar lagi

Sebelum ini, angkasawan negara ini pernah membuat perkongsian mengenai hasrat ibunya yang mahu ke Tanah Suci Mekah selepas termimpi-mimpikan Kaabah. Beliau membuat keputusan untuk merealisasikan impian ibunya itu untuk melepaskan rindu terhadap Kaabah dan hanya pergi menunaikan Ibadah Umrah bersama.

“Ibu termimpi-mimpi Kaabah. Luahkan hasrat nak pergi. Anak-anak semua sibuk. Saya membuat keputusan untuk membawa ibu ke sana. Hanya saya dan Ibu.”-tulis Sheikh Muszaphar

Sama-sama kita doakan agar Sheikh Muszaphar dan ibunya memperoleh Umrah yang mabrur..Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |